.... Singkir Khalid MB Selangor: Siapa Guna Malaysian Insider Untuk Menipu? | AAKJ



PERMOHONAN maaf The Malaysian Insider terhadap Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan bahawa PKR merupakan parti yang mengamalkan politik kotor dan jijik.

The Malaysian Insider merupakan portal media yang sudah gulung tikar. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TMI, K.A Jahabar Sadiq A/L K.A Abdul Kader membuat permohonan maaf itu di hadapan Hakim Nor Bee Arrifin bersama editor Bahasa Malaysia TMI, Amin Iskandar.

Mereka memfitnah Khalid Ibrahim sebagai seorang Menteri Besar yang tidak beramanah, tidak jujur, tidak berprinsip dan korup. Kedua-dua defendan itu turut mengakui penulisan dan penerbitan TMI mengenai Abdul Khalid, adalah fitnah.

Akhirnya Khalid Ibrahim dapat membersihkan nama baik beliau yang sebelum ini menjadi mangsa fitnah pergolakan dalaman yang berlaku dalam parti tersebut.

Khalid Ibrahim telah diminta berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini kononnya kerana terlibat dalam skandal namun akhirnya terbukti bahawa skandal tersebut adalah rekaan “musuh dalam selimut” untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dalam PKR demi untuk menaikkan Azmin Ali.

Dalam kenyataan dimuatnaik di laman Facebook milik Khalid turut menyatakan syukur kes saman yang difailkannya terhadap TMI berakhir dengan baik.


“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah merekodkan Perhakiman Persetujuan di mana pihak TMI yang diwakili oleh defendan pertama dan kedua, Jahabar Sadiq dan Amin Iskandar telah memohon maaf kerana menerbitkan dua artikel yang bersifat fitnah sehingga mencemarkan reputasi baik saya.

“Mereka turut mengakui bahawa kedua-dua artikel tersebut adalah berdasarkan khabar angin dan menyatakan rasa kesal mereka serta memberi akujanji tidak akan mengulangi mana-mana bahagian tuduhan tidak berasas serta fitnah jahat tersebut pada masa akan datang,” katanya.

Notis mengenai Penghakiman tersebut jua telah dikeluarkan ke atas Ahli Lembaga Pengarah Edge Insider Sdn Bhd, Ho Kay Tat dan Tong Kooi Ong bahawa perintah pelaksanaan penghakiman boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka mengingkari akujanji yang terdapat dalam Penghakiman tersebut.

Khalid Ibrahim sedar bahawa perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnnya berjaya namun beliau memilih untuk tidak memanjangkan isu ini.

“Pada hemat saya permohonan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan,” katanya.

Setiap kali pemimpin PKR didakwa atas fitnah yang mereka lemparkan maka setiap kali itu juga lah permohonan maaf diucapkan oleh mereka. Selain daripada itu juga, portal media pro mereka turut digunakan dalam menjayakan agenda jahat parti tersebut. Dengan permohonan maaf dari The Malaysian Insider ini maka terbukti sekali lagi bahawa PKR merupakan sebuah parti yang dijalankan berdasarkan fitnah dan tohmahan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top