.... Sg Besar, Kuala Kangsar: "Waterloo" Mahathir | AAKJ



Apabila saya berjalan melintasi “anjing yang menyalak”, saya tidak terlalu bimbang berbanding apabila saya berjalan melintasi “anjing yang sangat diam” yang kelihatan seperti tidak berminat dengan saya dan hanya melihat saya dari sudut matanya. Mungkin itu adalah fobia yang saya alami semasa berumur lebih kurang sepuluh tahun.

Saya sedang berjalan di Jalan Meru, Kelang sepanjang deretan kedai-kedai Cina sekitar tahun 1960 atau lebih apabila anjing yang kelihatan tidur dan kelihatan tidak mempunyai sebarang minat dengan saya tiba-tiba menyerang dan menggigit kaki. Saya terlalu terkejut sehingga tidak mampu menjerit.

Seorang pekedai Cina yang melihat kejadian itu dengan cepat menghalau anjing tersebut dan kemudian membawa saya masuk ke dalam kedainya untuk memberi saya rawatan perubatan. Dia menyapu beberapa jenis ubat Cina pada luka mengikatnya. Saya tidak pernah pergi ke hospital untuk mendapatkan suntikan anti-tetanus dan mungkin sebab itu saya menjadi seperti anjing gila.

Kejadian itu mengajar saya satu perkara. Anjing menyalak, terutamanya anjing tua yang tidak mempunyai gigi dan merenung mengancam anda, tidak begitu berbahaya berbanding anjing yang tidak pernah membuka mulutnya dan hanya melihat anda dari tepi. Apabila anjing yang diam ini menggigit anda, mereka membenamkan gigi mereka sedalam-dalamnya pada daging anda.

Sudah 18 bulan Tun Dr Mahathir Mohamad “menyalak” pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Bukan Mahathir sahaja menyalak, dia mengajak beberapa ekor “anjing” , “anjing betina” dan “anak anjing” untuk menyalak juga – Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal, Matthias Chang, Khairuddin Abu Hassan, Kadir Jasin, Ariff Sabri Aziz, Hussein Hamid Steadyaku, Tony Pua, Rafizi Ramli, Clare Rewcastle Brown, Syed Akbar Ali, DAP, PAN, The Edge, The Malaysian Insider dan sebagainya.

Mesejnya mudah. “Bunuh” Umno jika anda mahu “membunuh” Najib. Satu-satunya cara untuk menjatuhkan Najib adalah dengan menjatuhkan Umno. Anda tidak boleh menggulingkan Najib sehingga dan melainkan jika anda menyingkirkan Umno. Dalam erti kata lain, jika anda mahu “membunuh” Presiden, maka anda harus menghancurkan Air Force One dan semua orang di atas kapal tersebut, walaupun diantara mereka, ada yang tidak bersalah.

Walau bagaimanapun,setiap plot gagal. Mereka melakukan segala-galanya untuk menggulingkan Najib tetapi setiap kali mereka gagal untuk “membunuh” Najib. Beliau bukan sahaja terselamat dalam setiap percubaan tersebut malahan beliau bertambah kuat selepas setiap cubaan yang gagal tersebut. Saya rasa lagu Kelly Clarkson “What doesn’t kill you makes you stronger” amat tepat di sini.

Jadi, ya, apa yang tidak “membunuh” anda menjadikan anda lebih kuat. Dan setiap kali mereka gagal untuk “membunuh” Najib maka beliau menjadi semakin kuat. Seolah-olah Najib mempunyai kuasa ajaib dimana setiap kali dia “membunuh” musuh, dia menyerap kekuatan musuh. Lebih ramai orang yang menyerang maka lebih ramai penyerang Najib “bunuh” dan beliau menjadi semakin kuat.

Akhirnya ia sama seperti “the proverbial game of thrones”. Tidak lagi penting sama ada orang sukakan anda atau tidak. Orang menyokong anda kerana mereka mengakui kuasa anda. Kuasa menarik sokongan. Seperti kata Richard Gere kepada Julia Roberts dalam ‘Pretty Woman’ – kedai-kedai tidak baik kepada orang ramai, kedai-kedai hanya baik kepada kad kredit.

Mahathir menukar pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada satu pertandingan referendum atau populariti. Malaysia tidak benar-benar berpegang kepada pilihan raya Parlimen pada sabtu lepas. Ia lebih mirip kepada pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menjadi “Siapakah yang anda mahu untuk memimpin Malaysia, Najib atau Mahathir?”

Ia menjadi perjudian terakhir Mahathir. Dengan meletakkan semua wang anda pada satu kuda maka samada anda menang besar atau kalah semua. Samada anda pulang ke rumah sebagai jutawan atau anda pulang ke rumah dengan jatuh muflis. Pada dasarnya ini akan menjadi seperti Waterloo Najib atau Waterloo Mahathir. Apabila undi dikira ia ternyata menjadi Waterloo Mahathir. Barisan Nasional bukan sahaja memenangi kedua-dua kerusi tersebut malahan mereka menang dengan lebih daripada 50% undi dan dengan margin yang lebih tinggi daripada pilihan raya umum yang lepas.

Pendek kata, ia adalah kemenangan tiga kali ganda bagi Najib. Ramai menjangkakan Barisan Nasional menang dengan kurang daripada 50% undi (lebih sedikit dari yang lepas) tetapi BN menang lebih daripada 50% undi apabila undi pembangkang berpecah dan perlu dikongsi di antara PAS dan PAN (mungkin 26-28% setiap satu). Tetapi apabila Barisan Nasional menyapu 53-54% undi, Barisan Nasional pun terkejut.

Mahathir berkata, beliau tidak berputus asa. Dalam posting blog terbarunya dia masih mengulangi apa yang telah diperkatakan semenjak 2014 (tiada apa-apa yang baru). Tetapi anaknya, Mukhriz, orang yang Mahathir mahu sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya dia boleh menggulingkan Najib, nampaknya tidak sependapat dengan ayahnya. Adakah Mukhriz menerima hakikat bahawa permainan telah “tamat”?

Malah, Muhyiddin juga tidak turun padang untuk berkempen bagi PAN atau Pakatan Harapan. Adakah Muhyiddin juga sama seperti Mukhriz, meninggalkan Mahathir? Shafie Apdal sudah. Beliau tidak terlalu lantang sejak cubaan undi tidak percaya gagal di Parlimen pada bulan Oktober tahun lepas dan undi tiada percaya gagal dalam perhimpunan agung Umno pada Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, sejak dua hari lepas, blogger Mat Salleh dan blogger India Muslim telah menghentam saya habis-habisan dan telah berkata pelbagai perkara jahat tentang saya. Tentera upahan ini seolah-olah tidak faham bahawa akhirnya kemenangan sahaja yang penting. Dan tiada keraguan mengenainya: Najib memenangi pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu dan kedua-dua pilihan raya kecil parlimen hujung minggu lalu. Itu adalah apa yang penting dalam “game of thrones” ini.

Kesimpulannya, Najib menang dan Mahathir kalah. Ini bermakna Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang pada tahun 2018 atau lebih. ” So you can huff and you can puff until you turn blue in the face but you can never blow the house down”. Pada dasarnya, ini adalah kesimpulannya.

sumber– Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top