.... Senarai Rasmi Rombakan Kecil Kabinet Malaysia | AAKJ




KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET

1. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan: 
(i) YB Tan Sri Noh bin Omar
(ii) YB Datuk Johari bin Abdul Ghani

Timbalan Menteri Persekutuan:
(i) YB Dato’ Othman bin Aziz
(ii) YB Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur
(iii) YB Dato’ Henry Sum Agong
(iiii) YB Senator Dato’ Sri Devamany a/l S. Krishnasamy

2. Rombakan Kabinet kali ini adalah bagi mengisi kekosongan Menteri Persekutuan dan Timbalan Menteri Persekutuan.

3. Ini berikutan perletakan jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Dato’ Sri Douglas Uggah Embas yang telah bertanding di Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

4. Tan Sri Wahid Omar juga telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan tempoh perkhidmatan sebagai Senator yang tamat pada bulan ini dan seterusnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

5. Selain itu, terdapat juga kekosongan jawatan Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi setelah pemergian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas udara bulan lepas.

6. Saya juga telah menerima keputusan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah untuk menamatkan perkhidmatan atas sebab peribadi. Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau selama ini.

7. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk membuat penyusunan semula beberapa portfolio Menteri Kabinet, perlantikan semula seorang bekas Menteri dan beberapa Timbalan Menteri untuk memantapkan lagi pentadbiran sedia ada.

8. Ini akan mengukuhkan lagi pentadbiran sedia ada bagi memastikan agenda pembangunan kerajaan untuk rakyat - pembangunan ekonomi, kebajikan dan keselamatan – terus berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dijanjikan.

9. Saya juga ingin memaklumkan akan ada penyusunan semula tugas Menteri-Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri : 

Tan Sri Noh Omar - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Dato' Abdul Rahman Dahlan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, EPU

Dato' Johari Abdul Ghani - Menteri Kewangan Kedua

Dato' Mah Siew Keong - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Timbalan Menteri : 

Kementerian Kewangan - Dato Othman Aziz, Ahli Parlimen Jerlun

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datu Nasrun Datu Mansur, Ahli Parlimen Silam

Kementerian Koperasi dan Kepenggunaan - Dato Henry Sum Agong - Ahli Parlimen Lawas

Jabatan Perdana Menteri - Senator Dato Seri Devamany

Kementerian Kewangan - Datuk Lee Chee Leong


Kementeri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Chua Tee Yeong



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top