.... Rafizi Membuat Pengakuan Memiliki "Video Panas", Milik Siapa? | AAKJ



Rafizi seperti biasa dengan strategi lapuk dan tidak masuk akalnya akan menggunakan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk mengekalkan namanya agar sentiasa 'disebut-sebut' oleh warga politik negara.

Kali ini ketika di majlis pengumuman calon PAN Sg Besar beliau membuat pengakuan memiliki satu video yang menunjukkan mengapa pengundi di dua kawasan parlimen itu tidak patut mengundi BN.
"Saya ada satu tayangan video panas. Saya akan tayangkan ia pada minggu kedua kempen pilihan raya kecil," katanya.
Menjadi pertanyaan ramai pihak malam tadi, kenapa Rafizi tidak berani membuat pendedahan berhubung isu skandal rasuah seks kerajaan negeri Selangor?

Kenapa menggunakan alasan kononnya takut mengganggu siasatan SPRM?

Bagaimana pula dengan isu 1MDB, kenapa ketika disiasat, pihak pembangkang termasuk Rafizi siap mengadakan ceramah atas nama kononnya 1MDB ini satu skandal?

 

Pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top