.... #PRKSgBesar: Video Rumah Bilal Masjid Terbakar, YB Budiman Sampaikan Sumbangan Awal | AAKJ



Rumah seorang bilal Masjid Hasyimiah Sungai Limau di Jalan Haji Harun dekat Sabak Bernam hangus terbakar malam semalam.

Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang baru sahaja selesai menunaikan solat sunat Terawih hadir di tempat kejadian dan menghulurkan sumbangan RM10,000.

Ketika kejadian, bilal berkenaan Musolli Resad, 63, bersama isteri dan menantunya berada di masjid bersiap sedia mengerjakan solat sunat tarawih sebagai persedian menyambut Ramadan.

Bomba yang menerima panggilan pada jam 9 malam bergegas ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian dan berjaya mengawal api.

Namun, hampir 70 peratus rumah itu dikatan terbakar dan kerugian dianggarkan sekitar RM300,000.

Api dikatakan berpunca dari bahagian belakang rumah.

Dua jentera bomba dari Sungai Besar dan Sabak Bernam bersama satu ambulans bersama 14 anggota berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya menjelang jam 10 malam.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top