.... #PRKSgBesar: Video Calon PAN Janji Balik Kawasan 2 Bulan Sekali | AAKJ




CERAMAH calon PAN di Kg Penerangan, Sekinchan malam tadi mendedahkan realiti sebenar orang yang menawarkan diri untuk menjadi ahli parlimen Sg Besar ini.
Katanya kalau menang, dia hanya akan balik (melawat kawasan) ke Sg Besar 2 BULAN SEKALI, kalau hati dia gembira, SEBULAN SEKALI!! Gila…
Wakil rakyat apa macam ini jenguk rakyat sekali atau 2 kali sebulan, elok pilih calon BN, Budiman Zohdi, tentu-tentu asal orang situ, ADUN Sg Panjang pulak lagi, dah tentu akan meluang masa lebih panjang untuk berkhidmat kepada rakyat.

Ini mengingatkan penulis kepada calon PAS di PRK Kuala Besut hampir 3 tahun dulu. Pun lebih kurang ini juga kesnya cuma yang itu lagi best, dia hanya tinggal calon yang dibayar gaji saja menjaga kawasan itu, dianya entah kemana.

Nasib baik tak menang.

Jadi sejarah itu nak diulang sekarang di Parlimen Sg Besar. Apakah rakyat mahu menerima wakil rakyat yang sebegini, menjengok rakyat bila hanya bila sekali sebulan, 2 kali kalau ‘hatinya gembira’?


Video klik dari sumber di SINI



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top