.... #PRKSgBesar: Interview Eksklusif Bapa Calon PAN, Beliau Kecewa | AAKJ



Keadaan bekas ADUN Sungai Burung, Datuk Abdul Shukur Siraj yang terlantar sejak lapan bulan lalu di rumahnya.

“Harapan saya sendiri dia boleh berfikir sendiri ikut peredaran zaman yang sesuai…” itulah kata-kata bapa kepada calon PAN, Datuk Abdul Shukur Siraj yang terlantar di rumahnya di Sungai Haji Dorani sejak lapan bulan lepas.
Kata-katanya itu diluahkan olehnya ketika pru14.tv berkunjung ke rumahnya

menziarahinya dan bertanyakan pendapatnya berkaitan pencalonan anaknya Azhar sebagai wakil calon PAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ketika ditanya apakah ada harapan beliau untuk Azhar kembali menyokong Barisan Nasional (BN) seperti beliau yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burung selama dua penggal dan Ahli Parlimen Tanjong Karang selama satu penggal, Abdul Shukur berkata beliau tidak tahu.

1703bac5-6303-4eaf-a3e7-6b9751be139b

“Tak tahulah saya, terpulang kepada keadaanlah,” katanya.
Beliau berkata berkenaan ideologi politik anaknya itu, beliau berkata Azhar sejak dari bangku sekolah lagi tidak berminat dengan BN
“Dia memang dari dulu lagi, daripada dia sekolah lagi.. dia tak ada minat dengan BN,” kata Abdul Shukur.

Menjawab pertanyaan berkaitan pendapat beliau berkenaan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia akibat nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lepas, katanya Allahyarham adalah seorang yang baik.
Beliau berkata, sebulan sebelum Arwah berlepas ke Sarawak, Noriah sempat meluangkan masa melawatnya yang sedang sakit.

Berkenaan calon BN, Budiman Mohd Zohdi beliau mengakui dengan jujur bahawa beliau seorang yang baik dan banyak berbakti kepada masyarakat khususnya penduduk dan rakyat di kawasan Sungai Panjang memandangkan beliau adalah ADUN Sungai Panjang.
“Budiman bagus,” jawabnya.

Pada PRK berkenaan Budiman bakal berdepan cabaran dari calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Azhar.
Difahamkan Abdul Shukur sudah lapan bulan terlantar di rumahnya kerana serangan angin ahmar dan dijaga oleh isterinya.

28401b54-c43b-47cd-859e-b703c96809bf
cdb2d37b-626b-437e-8f0f-34826b71f76f

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun ini sebagai hari mengundi dan 14 Jun sebagai hari mengundi awal.
– PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top