.... #PRKSgBesar: "Gula Tiada GST", Kempen Munafiq PAS Di Bulan Puasa | AAKJ



Terdesak untuk meraih undi, jentera kempen PAS yang ditugaskan berceramah di atas kereta 4x4 di bazar juadah Ramadhan secara terang-terangan berbohong. Dengan menggunakan gula sebagai umpan, kumpulan ini bertempik dengan pembesar suara kononnya gula yang mereka bawa untuk dijual ini adalah 'bebas dari GST'.

Memalukan apabila PAS menggunakan anak-anak muda dalam usaha memburukkan kerajaan BN kononnya kerajaan yang zalim apabila melaksanakan perubahan sistem cukai negara. Dari cukai SST kepada cukai GST.

Sejak sistem cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada 1954 di Perancis dengan kadar 19.6% serta lebih daripada 160 buah negara mengikuti jejaknya, belum kedengaran adanya negara pengamal sistem cukai GST hancur. 



Malah tiada negara yang berundur ke belakang atau membatalkannya. Bukankah ini petunjuk bahawa GST ini sistem yang baik?

Kaedah PAS menggunakan tenaga orang muda menyebabkan imej dan nama baik golongan belia tercalar seolah-olah golongan ini mudah ditipu, mudah menipu orang kampung dan jahil tentang apa itu sistem percukaian negara malah jahil tentang sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bukan itu saja, timbul pertanyaan, apakah ini 'akal' golongan muda di zaman milenium pro pakatan pembangkang? Lupakah mereka ini rakyat Malaysia bukan sebodoh yang mereka sangka.

"Mereka (Jentera PAS) tanpa malu cuba berbohong kami orang kampung di sini, mereka ingat kami begitu bodoh tidak tahu bahawa gula dan barangan keperluan harian tidak dikenakan GST" - Hajah Zaleha, pengunjung bazar ramadhan di Pasir Panjang.

Turut sama melahirkan rasa kecewa ialah Hj Mahadi yang juga pengunjung bazar tersebut, kata beliau "Sepatutnya pihak PBT datang tangkap mereka kerana berniaga tanpa lesen dan cubaan mengelirukan pengguna". Tambah beliau lagi, "Bulan puasa pun mereka berani menipu, bagaimana dengan bulan-bulan yang lain".
Rujukan:

KLIK: GST: List of Zero-Rated, Exempted and Relief


 


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top