.... #PRKSgBesar: Calon PAS Sokong 'Perjuangan Kumpulan Demostrasi Haram" | AAKJ



Dr Abdul Rani Osman, calon PASuntuk pilihanraya kecil parlimen Sg Besar memberikan jaminan kepada kumpulan 'Bersih' bahawa beliau menyokong tuntutan mereka untuk melakukan perubahan institusi.

"Cuma mungkin cara kita berbeza dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Tidak mengapa cara kita berbeza, asalkan hasrat boleh dicapai," katanya dalam status facebook milik beliau.

Malah Rani turut menyokong semua tuntutan kumpulan demostrasi haram Bersih itu.


"PAS mahu menyingkirkan seluruh kerajaan Umno-BN yang diterajui PM Datuk Seri Najib Razak dan diganti dengan kerajaan alternatif yang baru.

Menggantikan Najib sahaja tidak akan menyelesaikan masalah," kata Rani.

"Jika dipilih sebagai ahli parlimen, saya akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN.

"PAS tidak mahu ada saham dalam menyelamatkan Umno dengan membantu mereka yang berhasrat membantu Umno mendapatkan presiden baru yang bakal memberikan nafas baru kepada BN," katanya yang turut terkenal sebagai antara pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan Hadi Awang.

Pemilihan Rani sebagai calon juga khabarnya bukan pilihan Hadi tetapi pilihan kumpulan yang pro PKR dan DAP. Hanya kerana isu baiah talaq 3 sahaja yang menyebabkan kumpulan ini masih 'stay' di dalam PAS


Penyokong PAS di Sg Besar rata-ratanya terkilan di atas pemilihan beliau sebagai calon kerana beliau bukannya anak tempatan. 

"Kawasan sendiri (DUN) pun tak terjaga, inikan pula nak jaga kawasan bukan tempat tanah tumpah darah.." - ahli PAS Sg Besar.
 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top