.... #PRKSgBesar: Calon PAN Nafikan Jasa Bapa Sendiri Sebagai Wakil Rakyat BN? | AAKJ



Derhaka, itu sahaja yang sesuai untuk anak yang tidak sedar dek untung dan tidak pernah sekali pun terfikir bagaimana beliau dan adik beradik yang lain dapat segala macam kesenangan asbab ayah sebagai wakil rakyat.

Samada wakil rakyat parti kerajaan memerintah maupun wakil rakyat mewakili parti pembangkang. Semuanya menikmati kesenangan hidup lebih dari anak-anak yang bapanya hanya bekerja biasa-biasa sahaja. Kebetulan pula, Azhar datang dari keluarga wakil rakyat BN, mantan YB Dato Hj Abdul Shukor bin Hj Siraj.

Adakah selama bapa beliau menjadi wakil rakyat DUN dan Parlimen di sini, sedikit pun mantan YB yang juga bapanya tiada satu pun jasa kepada rakyat? Kalau tiada jasa dan dikhianati parti sendiri maka mantan YB (bapanya) tidak akan menjadi wakil rakyat lebih dari sepenggal. Malah sekiranya bapa calon PAN ini tidak disenangi rakyat Sg Besar, mampukan beliau menjadi wakil rakyat di dalam tempoh yang berkenaan?



Nikmat apa yang calon PAN ingin dustai?

Lihat sahaja di mana calon PAN belajar, apakah mampu anak orang biasa-biasa ke sana dengan duit sendiri?

Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Karachi Pakistan (1990-1993)
Bagaimana pula dengan kerjaya sebagai seorang peniaga yang mempunyai rangkaian perniagaan hingga ke luar negara dengan bersandarkan 'Islamik':
• Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd (2012-kini)
• Pengarah Urusan EZ Kembara Sdn Bhd (2012-kini)
• Pengarah Minda Project Management Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EZ Fada’ Sdn Bhd (2016-kini)
• Pengarah Urusan EX Career Sdn Bhd (2015-kini)
• Penyelia Maahad Tahfiz Al-Mahmudi, Temerloh (2005-2006)
• Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja (2003-2004)
• Guru Penolong Kanan Sek Men Islam Puchong (1999-2003)
• Guru Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar (1997-1998)
Termasuk juga pernah bekerja dengan IKIMFM dan TV9.

Apakah sedikitpun tidak berkait dengan 'jasa bapanya'? 

Beranikah calon PAN naik ke pentas dan kuruk apa yang bapanya telah buat untuk rakyat di Sg Besar atas nama parti UMNO dan Barisan Nasional?

Benarkah calon PAN hanya mempunyai pejabat perniagaan di luar Sg Besar dan hanya menjenguk sesekali sahaja di sini?

Rakyat Sg Besar tidak perlu fikir sampai dua kali untuk tentukan masa depan sendiri. Bertindak dengan bijak dan yang jelas tolak calon yang hanya gunakan politik untuk kepentingan poket sendiri. 

Sanggupkah mempunyai pemimpin yang jadikan Sg Besar ini sebagai tempat "transit" sahaja?

Sanggupkah juga menjadi rakyat kepada pemimpin yang dicucuk hidung oleh DAP?



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top