.... #PRKSgBesar: Calon PAN Bekas Makan Gaji Dengan Kerajaan | AAKJ



Pakatan Harapan (HARAPAN mengumumkan Pengerusi PAN Sungai Besar Azhar Abdul Shukur sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar.

Presiden PAN Mohamad Sabu membuat pengumuman tersebut malam tadi di Dewan Sri Sekinchan, Sekinchan.

Azhar, 50, yang berasal dari Sungai Besar merupakan seorang bekas guru dan kini menjalankan perniagaan sendiri.

Beliau pernah menjadi pengarah urusan di beberapa buah syarikat dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis Pengajian Islam di Karachi Pakistan.

 

Berkahwin dengan Nor'adzimah Hassanuddin, Azhar dikurniakan tiga cahaya mata.

Azhar juga pernah mempunyai pengalaman mengendalikan program bersama IKIMfm dan beberapa siri rancangan di TV9.

Turut hadir pada majlis pengumuman itu adalah Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, Naib presiden PKR Rafizi Ramli, Bendahari Agung PKR Tan Yee Kew, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah dan lain-lain.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top