.... PM Singkatkan Lawatan Ke Terengganu Kerana Tidak Sihat | AAKJ



Batu Rakit : Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah membatalkan semua program beliau malam ini.

Beliau ketika berbuka puasa di Masjid Assalam Batu Rakit kelihatan sesikit penat dan wajah kelihatan pucat.

Menurut sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO) pasukan perubatan yang diketuai Dr Mohd Hafiz telah memberi rawatan pada YAB PM selepas beliau selesai walkabout dipasar batu enam petang tadi.

Doktor Hafiz yang merawat YAB PM pada jam 6.08 petang dan beredar dari bilik hotel PM dan memaklumkan bahawa YAB PM tidak sihat dan akan menamatkan lawatan ke Terengganu pada 8.30 malam ini.


Doktor Hafiz merupakan pegawai perubatan pasukan kesihatan Kementerian Kesihatan Seberang Takir Terengganu yang turut mengiringi PM dalam program lawatannya kali ini.

PM akan bertolak pulang sejurus selesai solat magrib di Masjid Assalam ini.


Foto sekitar lawatan PM Di Terengganu










Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkesempatan melawat Bazar Ramadan Batu Enam Kuala Nerus petang ini.

Beliau yang diiringi Menteri Besar Haji Ahmad Razif abd Rahman meluangkan masa kira-kira satu jam dan telah beramah mesra bersama para peniaga serta bertanya khabar pengunjung yang datang ke situ.

'Konsep bazar ramadan di sini sangat meriah dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penduduk di sini'.

'Saya berharap orang Terengganu jika balik kampung pandulah dengan cermat dan semoga sinaran syawal memberi keriangan kepada keluarga' katanya kepada pemberita Terengganu Times.

Beliau berkata demikian selepas melawat Bazar Ramadan Batu Enam petang ini.

Najib yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada jam 4 petang untuk lawatan sehari di negeri ini.

Kemudian beliau dijadual akan ke Masjid As-Salam Batu Rakit untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat setempat di kawasan itu.

Najib akan menunaikan solat Isyak, solat sunat Tarawih serta menyertai moreh, di Masjid Al-Mutaqim, Gemuruh,  sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam. 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top