.... PM Najib Umum Rombakan Kabinet | AAKJ




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan rombakan kabinet hari ini.

Pihak media mendapat jemputan satu sidang media akan dibuat di pejabat perdana menteri di Putrajaya jam 3.15 petang.

Ini merupakan kali ketiga Najib merombak kabinetnya.

Rombakan kali ini dibuat dua hari selepas Umno memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti itu.

Rombakan kabinet itu dijangka bagi mengisi kekosongan jawatan tiga menteri dan dua timbalan menteri.

Ini termasuk dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top