.... PKR Gesa Tolak Pemimpin Utamakan Melayu, Islam | AAKJ





Kaum bukan Melayu mahu Malaysia diperintah oleh pemimpin yang berfikiran menyeluruh tanpa mengira agama dan bangsa dalam aspek pemerintahnya.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiao Leung mendakwa, perkara itu yang gagal difahami oleh kerajaan Malaysia sedia ada.

“Bukan Melayu mahu pemimpin yang mempromosikan politik agama dan kaum secara inklusif,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membantah kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman baru-baru ini bahawa DAP merupakan sebuah parti politik Kafir Harbi yang wajar ditolak umat Islam.

Mufti Pahang beberapa hari lalu tanpa berselindung dan secara terus terang menyatakan bahawa DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam tergolong dalam kalangan kafir harbi.

Malah, kata beliau, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.


sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top