.... Pemimpin Muda PKR Ditangkap Terlibat Kegiatan Peras Ugut? | AAKJ



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan penahanan seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah malam tadi, dilakukan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti peras ugut.

Katanya, suspek berpangkat Datuk berusia 32 tahun itu ditahan ketika bersama seorang mangsa yang diugut supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu aktiviti haramnya didedahkan kepada media atau pihak berkuasa.

“Saya sahkan tindakan menangkap suspek dilakukan berdasarkan laporan mangsa yang sering menerima ugutan.

“Lelaki itu ditahan ketika menerima wang daripada pengadu (mangsa),” katanya kepada BH, sebentar tadi.

Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu, suspek ditahan di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan, pada jam 10.50 malam tadi bersama wang tunai berjumlah RM25,000, dipercayai diserahkan mangsa sebelum serbuan dilakukan.

PENGERUSI sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah bergelar Datuk ditahan oleh sepasukan pegawai D7 Bukit Aman di susur keluar Plaza Tol Nilai. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

Polis turut merampas wang tunai RM16,000 dalam kereta Toyota Vellfire dinaiki suspek.

Turut ditahan, seorang lelaki warga India dipercayai pemandu suspek.

Suspek dan pemandunya yang ditahan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 384 kanun sama, akan direman di Mahkamah Seremban, hari ini.

Pihak polis meminta individu yang pernah menjadi mangsa suspek berkenaan berhubung kegiatan peras ugut, diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Agak mengejutkan apabila suspek tersebut dikatakan orang kuat PKR.
Benarkah yang ditangkap itu adalah "Dato Sri Sanjeevan"? Kerana sudah viral di laman internet berhubung tangkapan dan gambar suspek juga turut tersebar.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top