.... Pemimpin DAP Kawal Selia Calon PAN Di Sungai Besar | AAKJ



Jentera kempen DAP untuk pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bermula serta-merta selepas hari penamaan calon pada Ahad lalu dengan menjadi pasukan berkuasa tinggi untuk calon Pakatan Harapan, Azhar Shukur.

Sejak tiga hari yang lalu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bersama-sama Tony Pua dan Ng Suee Lim dilihat mengiringi Azhar ke mana-mana sahaja, dari sesi Ceramah Perdana hinggalah bertemu dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan undi.

Dengan kerusi dewan undangan negeri Sekinchan dipegang oleh wakil rakyat dari DAP pada masa ini iaitu Ng, kebanyakan pengundi Cina di kawasan itu secara amnya boleh dianggap sebagai penyokong DAP.

Justeru, kempen berkenaan dilihat menumpukan kepada memperkenalkan parti Amanah dan calonnya, Azhar kepada masyarakat Cina tempatan.

Kehadiran pucuk pemimpin DAP, terutama Lim, di kawasan separa bandar itu telah sedikit sebanyak membantu untuk menarik hadirin untuk datang mendengar Ceramah Perdana dan sekaligus memperkenalkan Azhar.

Walau bagaimanapun, pemimpin PKR nampak begitu jarang membuat kemunculan semasa kempen di Sungai Besar sejak tiga hari lalu. Pada ceramah malam tadi, hanya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hadir sebagai salah seorang penceramah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pula, walaupun telah berikrar untuk kekal berkempen di Sungai Besar sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu nampaknya tidak muncul-muncul lagi selepas hari penamaan calon.


Namun, walaupun dikawal ketat oleh jentera DAP, calon PAN secara terang mengaku sekiranya beliau menang maka beliau akan datang menjenguk rakyat Sg Besar dua bulan sekali.

Lihat video pengakuan beliau di SINI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top