.... PAS Tidak Layak Tadbir Negara - Kit Siang | AAKJ




DAP mendakwa PAS tidak layak untuk mentadbir negara ini.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, cuma Pakatan Harapan layak mentadbir Malaysia.

“Ia kerana Pakatan Harapan mewakili seluruh bangsa dan agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa kononnya sebuah negara demokrasi perlu sering bertukar kerajaan.

Dakwanya, negara lain seperti Indonesia dan Filipina sudah beberapa kali bertukar kerajaan.

Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Gabungan baharu parti pembangkang itu ditubuhkan pada tahun lalu selepas DAP dan PKR membubarkan Pakatan Rakyat.

DAP dan PKR bertindak demikian bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

Ia ekoran ketiga-tiga parti itu saling bertelagah berhubung beberapa isu akidah Islam yang ditentang DAP. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top