.... 'Muka Pemimpin PAS Selangor' Di Punggung Azmin? | AAKJ



Semalam buat kali kedua Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor muncul di Sg Besar selepas kemunculan pertamanya ketika hari penamaan calon tempohari. Bayangkan selepas hampir seminggu Azmin membuat kejutan dengan alasan sibuk mengiringi Tuanku Sultan Selangor ke merata tempat.

Malah YB KJ turut menganjing kepada Azmin dan ternyata sinis KJ bahawa Azmin akan muncul setelah beliau tegur seolah menjadi kenyataan.

Namun apa yang mengejutkan, ketika Azmin muncul di majlis berbuka puasa tersebut, beliau turut menjemput calon PAS Dr Rani dan calon PAN, Azhar untuk bernbuka puasa bersamnya. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Nurul Izzah dan juga Ng Sue Lim, Adun DAP Sekinchan.
Sudah pasti kehadiran mereka berdua adalah untuk memerhati apa yang bakal dilakukan oleh Azmin. Nurul Izzah sememangnya terkenal dengan taat setia kepada ibunya Wan Azizah adalah penyokong tegar calon PAN dan semestinya Ng Sue Lim adalah 'gate keeper' kepada Azhar, calon PAN.

Kesian Dr Rani apabila akhirnya sebelum masuk waktu berbuak puasa, Azmin di dalam ucapannya dengan jujur membuat kenyataan rasmi bahawa beliau menyokong calon dari pakatan haram yang baru, pakatan harapan. Azmin tanpa sukar menyatakan beliau menyokong Azhar dari PAN.

Bukan setakat itu, Azmin turut menyeru semua yang hadir agar memenangkan calon PAN. Saat itu apa yang anda bayangkan wajah Dr Rani dan penyokongnya?
"Rani mampu bertepuk tangan ketika Azmin umumkan sokongan kepada calon PAN, siapa RAni sebenarnya" - rungutan ahli PAS yang hadir bersama. Beliau yang ingin dikenali senagai Hj Mail, terus keluar dari khemah dan meninggalkan majlis tersebut dengan beberapa kawannya yang lain.

"Muka Rani tepek kat punggung Azmin kot" sahut kawan Hj Mail.
Akibat dari malu kerana maruah tercalar. Malam tersebut juga tersebar berita kononnya Dewan Ulama PAS arahkan Dr Rani tarik diri. Akhirnya berita yang viral tersebut dinafikan oleh Ustaz Muhammad Najhan Halim Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor sejurus selepas solat sunat Terawih.

Kelam kabut PAS Selangor akibat sebaran berita tersebut. Yang jelas, ahli PAS Sg Besar terluka dengan mainan pemimpin PAS Selangor. Masih mampu bersama kerajaan PKR Selangor walaupun diperbodohkan sepanjang masa.

Sudah kedengaran bahawa PAS Selangor sememangnya pro Azmin ataupun pro dedak. Masa yang akan menentukan samada PAS bakal berkubur di Selangor atau Hadi Awang wajar selesaikan segera sebelum PRU14.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top