.... Mahathir 'Tidak Berpuasa Di Tepi Gereja' Sekinchan | AAKJ



Pagi ini bertempat sebuah restoran cina di jalan gereja bandar lama Sekinchan, Mahathir datang dengan lagaknya yang angkuh dan bongkak. Beliau kekal dengan berbohong apabila ayat pertama yang keluar dari mulutnya masih tidak berubah, berbohong dengan isu-isu recycle walaupun di bulan puasa.

Isu 1MDB, isu dana politik, isu kononnya PM dan keluarga mewah dengan wang negara dan tidak sedikit pun menghiraukan rakyat dan isu hutang negara. Semua ini adalah pembohongan yang amat nyata. Semuanya dah dibuktikan bahawa apa yang Mahathir dakwa, fitnah semata-mata.

Tidak perlu aakj nyatakan di sini semua jawapan terhadap fitnah keji Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang memegang kuasa selama 22 tahun. Anak-anak Mahathir serta pinak pinaknya miskin melarat? Atau antara terkaya di dunia?

Memang benar apa yang ulama nyatakan. Bila lidah sentiasa basah dengan berzikir maka yang keluar dari mulut insan tersebut adalah ayat-ayat Allah. Tetapi kalau lidah sentiasa berbohong. Bulan Ramadhan atau tidak, beliau akan kekal berbohong hingga akhir hayat.

مُقْتَضَى هَذَا الْحَدِيثِ أَنَّ مَنْ فَعَلَ مَا ذُكِرَ لَا يُثَابُ عَلَى صِيَامِهِ ، وَمَعْنَاهُ أَنَّ ثَوَاب الصِّيَام لَا يَقُومُ فِي الْمُوَازَنَةِ بِإِثْم الزُّور وَمَا ذُكِرَ مَعَهُ

“siapa saja yang melakukan dusta yang telah disebutkan, balasan puasanya tidak diberikan. Pahala puasa tidak ditimbang dalam timbangan kerana telah bercampur dengan dusta dan yang disebutkan bersamanya.” (Fath Al-Bari, 4: 117)

Al-Baidhawi menyatakan,

لَيْسَ الْمَقْصُود مِنْ شَرْعِيَّةِ الصَّوْمِ نَفْس الْجُوعِ وَالْعَطَشِ ، بَلْ مَا يَتْبَعُهُ مِنْ كَسْرِ الشَّهَوَات وَتَطْوِيعِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ لِلنَّفْسِ الْمُطْمَئِنَّةِ ، فَإِذَا لَمْ يَحْصُلْ ذَلِكَ لَا يَنْظُرُ اللَّه إِلَيْهِ نَظَر الْقَبُولِ

“Bukanlah maksud syari’at puasa adalah menahan lapar dan dahaga saja. Dalam puasa haruslah menjaga syahwat dan mengurus jiwa agar memiliki hati yang tenang. Jika tidak mampu melakukan seperti itu, maka Allah tidaklah menerima puasa tersebut.” (Fath Al-Bari, 4: 117)
Lucunya semasa Mahathir berucap di hadapan kira-kira 300 orang yang rata-ratanya adalah ahli DAP Sekinchan, beliau tidak silu bercerita kononnya anak-anak PM Najib hidup mewah. Beliau juga dengan muka tebal berbohong tentang PM tidak berbuat apa-apa kepada rakyat Malaysia kerana hutang yang banyak. Perlukah aakj jelaskan apa yang Kerajaan BN buat dengan hasil cukai negara? Mahathir kekal pelupa.

Sengaja Aakj letakkan 2 hadis yang lazimnya kita dengar apabila menjelang bulan yang mulia ini. Namun bagi Mahathir, beliau merasakan berbohong ini sebahagian dari bekal beliau ke alam seterusnya. Nauzubillah.

Lagipun Mahathir dengan sunnah Nabi saw ini sentiasa berbeza tafsirannya. Mahathir lebih ulam dari ulama yang ada.

Calon PAN dan DAP senyum meleret, dengan calon tandatangan deklarasi menipu tandatangan, Mahathir terus nyata sokongan kepada PAN. Yang datang dan berpuasa tapi mengiyakan pembohongan Mahathir, tanya-tanyalah ustaz, dapat lapar dan dahaga atau dapat rahmat Allah swt hari ini.

Berbuka sahajalah, lebih baik dari hanya mendapat lapar dan dahaga.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top