.... Mahathir Hanya Bantu Calon Yang Tandatangan Deklarasi Beliau | AAKJ



Mahathir mengelak ketika ditanya sama ada beliau akan berkempen dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, atau mendedahkan parti mana yang akan disokong.
“Saya mungkin. Jika saya diminta, saya akan pergi. Saya sokong penuh calon yang menandatangani deklarasi itu. Saya tidak akan sokong calon yang tidak menandatanganinya.
“Saya tidak berada dalam mana-mana parti. Saya bukan di dalam Umno kerana tiada lagi Umno. Ia cuma parti Najib, jadi itu sebab mengapa saya tinggalkan parti Najib.

“Saya tidak berkempen untuk PAN . Saya berkempen untuk calon yang percaya dengan deklarasi itu,” katanya ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mahathir berkata PAS tidak menyokong deklarasi berkenaan.

“Kalau PAS tandatangan, saya akan sokong mereka juga, tapi parti itu tidak tandatangan,” katanya.

Kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar bermula hari ini, dengan hari pembuangan undi ditetapkan pada 18 Jun.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top