.... Kemelut 4M – Peringatan Untuk Kembali Kepada Allah SWT | AAKJ




1) Menuduh seseorang melakukan sesuatu perbuatan yang salah adalah satu perkara yang tidak baik sekiranya tidak dapat dibuktikan kesalahannya.

Perbuatan ini menjadi jelek lagi apabila ianya dilakukan oleh orang yang berstatus tinggi dan bergelar.

2) Sudah jadi lumrah di akhir zaman ini untuk menjatuh dan mencemarkan imej seseorang, cara yang paling berkesan ialah dengan mereka cerita yang tidak ada, membesar-besarkan perkara yang kecil dan menutup segala kebaikan.

3) Segala tuduhan jahat yang dibuat ke atas DS Najib telah disiasat oleh banyak pihak yang berintegriti dalam dan luar negara seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Audit Negara, Public Accounts Committee (PAC) Parlimen Malaysia, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan pihak luar seperti Monetary Authority of Singapore, Pejabat Peguam Negara Switzerland, semuanya menafikan tuduhan.

4) Yang masih kekal mengitar semula tuduhan ialah wartawan suruhan dari luar negara, Wall Street Journal (WSJ), New York Times (NYT) dan Sarawak Report (SR). Mereka ini penjual berita yang diupah untuk memenuhi cita-cita individu atau kumpulan tertentu.

5) Jika semua badan yang berintegriti sudah bersuara senada berdasarkan siasatan yang dijalankan berbanding WSJ, NYT dan SR, maka kenyataan selain daripada badan berintegriti ini hanyalah tuduhan liar yang berniat jahat.

6) Sesiapa saja yang membuat tuduhan bersandarkan dari sumber ini juga dengan sendirinya tidak boleh dipercayai.

7) Serangan TSMY, DSMM dari TM ke atas DSN nampaknya menggunakan sumber maklumat yang meragukan. Ini merupakan perbuatan fitnah yang tercela.

8) Sebagai orang Islam, kita percaya apa yang berlaku adalah di atas ketentuan dan keizinan Allah SWT. Sudah tentu ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku. Manusia hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah mengatasi semua perancangan manusia (Ali Imran, ayat 54).

9) Oleh itu, kembalilah kepada Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui niat di lubuk hati hamba-hambaNya.

10) Semoga Allah SWT membuka hati semua ahli UMNO untuk bersatu mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim.dan memelihara UMNO dalam mengharungi musibah ini dalam satu kesepakatan yang jitu.



Dari Ir Hj Yusuf Sani

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top