.... Kalau PAN Kalah, Peniaga Cina DAP Akan Naikkan Harga Barang? | AAKJ



DAP Arah Semua Peniaga Cina Yang Sokong DAP Untuk Naikkan Harga Barangan Jika Pakatan Tewas Di Sungai Besar Dan Kuala Kangsar. Sekaligus Untuk Tuduh Najib & Barisan Nasional Barangan Naik
Di atas adalah mesej berantai yang tersebar panas melalui aplikasi whatsApp pagi ini.

Mungkin ada kebenarannya, kemenangan DAP selama ini berasaskan politik ugutan? Taktik kotor sebegini sudah lama kedengaran pada setiap kali adanya pilihanraya, samada pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum.
 
Mungkin pakatan haram yang baru mula sedar bacaan sikap sehari dua ini, calon BN semakin mendapat tempat dan pengundi mula beralih angin kepada Barisan Nasional.
 
Kalau semalam Azmin terpaksa membuat kenyataan menyokong PAN maka hari ini mesej berantai berupa strategi ugutan pula dilihat sedang hangat diedarkan.

Isu barang naik harga sejak sistem cukai GST dilaksanakan buka isu baru. Seperti tiada kesudahan. Siapa yang nak kita salahkan sekiranya pihak KPDNKK tidak mengambil langkah serius mengekang perbuatan jahat segelintir para peniaga yang tamak? Termasuklah peniaga yang sengaja 'mendajalkan' kerajaan. Mereka seronok menaikkan harga dengan tujuan 'impak politik kebencian' terhadap kerajaan persekutuan.

Mungkin sudah sampai masanya KPDNKK bukan setakat menjalankan pemeriksaan kepada laporan yang mereka terima, tetapi mencadangkan agar kesemua barangan adalah di bawah barangan harga kawalan. Tetapkan harga siling kepada semua barang dan sesiapa menjual melebihi harga tersebut maka boleh dikenakan tindakan.

Masyarakat boleh terus membuat aduan sekiranya pekedai cuba meletakkan harga sesuka hati.

Zaman teknologi tidak sukar untuk rakyat mengetahui harga siling sesuatu barang dan aplikasi yang mudah untuk menyebarluas harga keseluruhan barangan yang ada di negara ini.

Tidak cuba kita tidak akan tahu keberkesanannya.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top