.... Hari-hari Terakhir Mahathir dan Pemakan Dedak Beliau | AAKJ





Kali pertama saya berjumpa Megat Junid Megat Ayub, lebih 30 tahun yang lalu – (kali terakhir saya bertemu beliau pula pada Jun 2006, 18 bulan sebelum beliau meninggal dunia). Beliau pernah memberitahu saya, jangan fokus dengan apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad katakan. Anda perlu fokus pada apa yang beliau lakukan. Apabila Mahathir berkata sesuatu, beliau sering memaksudkan yang sebaliknya.

Oleh itu, apabila Mahathir berkata sesuatu maka anda mesti mengkaji apa yang beliau maksudkan dan mengapa beliau berkata demikian. Apabila Anwar Ibrahim mendengar Mahathir merancang untuk menyingkirkannya, beliau telah bertemu orang tua itu untuk pengesahan. Namun Mahathir memberitahu Anwar, “Aiyah, kenapa kamu dengar semua khabar angin ini? Semua orang tahu kamu adalah pengganti saya, sebab itu mereka cemburu.”

Demi untuk meyakinkan Anwar bahawa beliau selamat, Mahathir turut memberitahu umum bahawa tiada masalah antara beliau dan Anwar. Mahathir bertanya apa yang beliau perlu lakukan untuk membuktikannya, cium Anwar di khalayak ramai? Kemudian dua hari selepas itu, Anwar hanyalah tinggal sejarah apabila Mahathir mendedahkan salah laku seksualnya yang menyebabkan Majlis Tertinggi Umno menyingkirkan Anwar.

Semasa perbicaraan kes liwat Anwar pula, Tun Mohammed Hanif Omar memberi keterangan di mahkamah bahawa Mahathir sudah lama tahu tentang aktiviti seksual Anwar, iaitu bertahun-tahun sebelum Mahathir menyingkirkan Anwar pada September 1998. Jadi, mengapa Mahathir menipu dan berpura-pura tiada apa yang berlaku selama itu?

Dan yang paling mengejutkan apabila hanya beberapa jam sebelum Mahathir mengambil tindakan terhadap Anwar, beliau berkata semua tuduhan liwat itu adalah palsu. Hanif, walaubagaimanapun memberi keterangan di mahkamah bahawa Mahathir sudah lama tahu mengenainya. Saya telah bertanya Pak Wan (bapa mertua Anwar) mengenainya dan beliau memberitahu saya begitulah cara Mahathir bekerja. Itu adalah SOP beliau.

Pak Wan berkata Mahathir tahu tentang semua dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang-orangnya. Beliau tidak akan mengambil tindakan, tidak kisahlah apa yang mereka lakukan. Kemudian beliau akan menggunakan ‘fail tebal’ tersebut (dan akan memberitahu anda bahawa beliau mempunyai fail tebal tentang anda) supaya beliau boleh mengawal dan menyuruh anda membuat apa yang beliau mahukan. Pak Wan berkata SOP Mahathir adalah untuk menyimpan rahsia jahat orang-orangnya supaya boleh mengawal mereka untuk membuat apa sahaja.

Dan itu bermakna Muhyiddin Yassin tidak pernah mendapat peluang sejak dari awal. Malah, semasa Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor, Mahathir telah mengumumkan secara terbuka bahawa Muhyiddin adalah menterinya yang paling kaya. Menurut Raja Petra, semua orang tahu tentang perjanjian kotor Muhyiddin dan bagaimana beliau menjadi kaya.

BPR (kini dikenali sebagai SPRM) mempunyai fail tebal berkenaan Muhyiddin dan bersedia untuk digunakan bagi menghapuskan beliau. Mahathir meminta BPR untuk menyerahkan fail itu kepadanya dan menjadikannya kes NFA (Tiada tindakan selanjutnya). Daripada menyumbat Muhyiddin ke penjara, lebih baik “mengikatnya” ketat-ketat supaya suatu hari nanti beliau boleh menggunakan Muhyiddin.

Mahathir tahu Muhyiddin sudah tercemar. Menurut Raja Petra lagi, selain daripada perjanjian kotor dan rasuah Muhyiddin, hubungan sulit dengan isteri orang yang telah lama berjalan, malah bukan Islam lebih mengemparkan lagi. Bagi orang Melayu Muslim, ini adalah dilarang. Bukan sahaja dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, malahan bukan beragama Islam – yang kebanyakannya makan babi dan minum alkohol.

Sekarang ini rahsia tersebut telah didedahkan, Mahathir tidak boleh lagi menggunakannya untuk mengawal Muhyiddin. Memeras ugut hanyalah berbaloi jika ia mengancam seseorang itu dan menakutkannya dengan pendedahan. Orang akan mengikut arahan anda untuk menyimpan rahsia jahat itu. Tetapi apabila rahsia itu bukan lagi menjadi rahsia, maka ia tidak lagi bernilai.

Secara tak langsung, Muhyiddin telah dibebaskan. Memandangkan Mahathir tidak lagi dapat menggunakan rahsia itu untuk memeras ugut Muhyiddin (kerana tiada lagi rahsia), maka beliau tidak lagi berada dalam kawalan Mahathir. Dengan itu kita sebenarnya telah membantu Muhyiddin dengan membebaskannya.

Perkara ini telah meletakkan Mahathir dalam dilema. Anaknya Mukhriz mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya beliau kemudiannya dapat menjadi Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, selagi Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi masih berkuasa, itu tidak akan berlaku. Dan lebih teruk lagi apabila Muhyiddin dan Mukhriz kini telah dipecat dari Umno.

Apabila Mahathir mendapat serangan jantung 10 tahun lalu pada tahun 2006, doktor telah memberinya peluang 50:50 untuk sembuh. Namun begitu, Mahathir telah berjaya mengharunginya. Telah tersurat di sebalik ketidaktentuan itu, Mukhriz telah memberitahu bapanya bahawa beliau masih memerlukannya. Beliau memberitahu Mahathir yang beliau tidak akan dapat melakukannya tanpa beliau.

Jadi, lebih dari 10 tahun yang lalu, Mukhriz telah pun merancang untuk “naik” ke atas – dan beliau telah memberitahu bapanya juga. Dan Najib tahu mengenainya. Dan apabila Mukhriz sering gagal untuk meniti tangga Umno, mereka menyalahkan Najib kerana ‘tidak membantu’. Mereka mengharapkan Najib untuk memastikan Mukhriz sampai ke “atas” sehinggalah mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri Najib.

Apabila Mahathir menyedari ia tidak akan berlaku dan Mukhriz tidak akan dapat menjadi Timbalan Perdana Menteri, (sudah pasti tidak akan menjadi Perdana Menteri) melalui Umno dan dengan bantuan Najib, Mahathir telah memutuskan, untuk menukar platform dan mencuba melalui paltaform pembangkang demi Mukhriz.

Jadi Mukhriz tiada masalah apabila bapanya menjadi alat pembangkang asalkan beliau akhirnya dapat menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri. Itu adalah apa yang termampu Mahathir lakukan untuk menggembirakan dan membantu anaknya itu mencapai matlamat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jadi, Mukhriz telah mengatur perjumpaan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan Mahathir di London pada Februari tahun lalu dengan harapan Pakatan Harapan akan membantu menggulingkan Najib dan menggantikannya dengan Muhyiddin, yang kemudiannya akan melantik Mukhriz sebagai Timbalannya. Itu adalah rancangan yang sebenar.

Kini Mahathir dan Mukhriz telah dipecat dari Umno, apa yang Mahathir akan lakukan? Adakah Mahathir akan melakukan seperti DAP, menubuhkan parti baru seperti PAN? Mukhriz fikir dengan status Mahathir sebagai negarawan dan mantan Perdana Menteri maka beliau mampu menaikkan apa sahaja parti baru yang mereka tubuhkan.

Jika begitu, pilihan raya kecil baru-baru ini sepatutnya tidak menjadi bencana untuk ‘Team Mahathir’ memandangkan ia bertukar menjadi pertandingan antara Mahathir dan Najib. Berdasarkan pertandingan Mahathir menentang Najib itu, adalah jelas bahawa Mahathir telah dikalahkan dengan teruk.

Mukhriz telah menjadikan Mahathir bahan ketawa dan tidak berwibawa lagi. Mahathir dikelilingi oleh golongan kecewa dan pemakan dedak. Itu gambaran yang paling tepat tentang Mahathir, manakala Najib pula boleh berehat dan pergi bercuti kerana Mahathir terjerumus dalam masalah yang lebih teruk.

Najib tidak perlu berusaha keras. Apa yang beliau perlu lakukan adalah “memotong” anggota Mahathir satu demi satu (sebagaimana beliau telah lakukan sejak 12 bulan lalu bermula Julai tahun lepas) dan akhirnya Mahathir akan ‘lumpuh’. Kini pilihan Mahathir hanyalah untuk terus jatuh. Apabila beliau jatuh, semua pemakan dedaknya akan berada dalam kesusahan dan tiada lagi dedak yang tinggal untuk dimakan.



Sumber : Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top