.... 'Game' Apa Yang PM Najib Layan Ketika Bosan? | AAKJ




Walapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa mempunyai aturcara ketat dan mesyuarat yang panjang, beliau mengakui mempunyai cara tertentu bagi mengatasi kesibukan dan kebosanan itu.

Pada sesi soal jawab selama 30 minit, selepas sesi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group, Patrick Grove di Persidangan Wild Digital di Kuala Lumpur, hari ini, Najib ketika ditanya jenis permainan telefon mudah yang akan dimain sekiranya bosan berkata:

“Hangman,” katanya sambil ketawa. mendedahkan
Beliau juga sempat berkongsi mengenai muzik kegemarannya iaitu ‘Motown’ dan mengakui turut meminati Bruno Mars dan Lionel Richie.

Katanya, beliau mendengar lagu-lagu itu melalui aplikasi I-tunes.
"Saya mempunyai lagu-lagu dari 70-an yang saya sering mendengarnya. Tetapi saya juga menyukai lagu baru seperti Bruno Mars. Saya suka Bruno Mars.

"Saya juga seperti orang lain, yang sukakan artis seperti Lionel Richie dan Stevie Wonder dan Motown," katanya.
Bagaimanapun Najib berkata secara peribadi muzik kegemarannya adalah Motown.
"Saya memang peminat muzik Motown. Saya suka muzik Motown. Saya suka cara mereka bergerak, mereka mendapat irama. Saya suka melihat orang-orang dengan irama," katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top