.... Foto Sekitar Letupan Bom Di Puchong | AAKJ



Sekurang-kurang enam cedera dalam kejadian letupan dipercayai menggunakan molotov cocktail di pub di Puchong Jaya, berhampiran IOI Mall, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, kira-kira 20 individu sedang menonton perlawanan bola sepak Euro 2016.

Seorang saksi mendakwa, ketika kejadian terdapat sekumpulan lelaki membaling objek sebelum letupan kuat kedengaran.

“Letupan menyebabkan cermin pub pecah dan orang awam yang berada di lokasi cedera.

“Tidak lama kemudian ambulans datang dan membawa mangsa ke hospital,” katanya.

Setakat ini jumlah sebenar yang cedera masih belum dapat dipastikan.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top