.... Foto Rafizi Bagi Dedak 5kg Setahun? | AAKJ



Dedak, bagi Rafizi dan parti pembangkang mereka tafsirkan adalah pemberian untuk 'memikat' pengundi atau rakyat untuk terus 'terpikat' pada UMNO BN.

Bagaimana dan apa pula nak dilabelkan apabila melihat Rafizi sedang 'menderma' kepada pengundi di kawasannya ini? Setahun hanya sekali boleh melihat aksi Rafizi sebegini dan 11 bulan 29 hari yang lainnya Rafizi berada dalam dunia memfitnah di pentas ceramah politik menghentam serta fitnah kerajaan BN. Baginya itu kerja wakil rakyat?

Kalau diperhatikan pada foto yang sedang hangat viral kononnya dia cakna pengundi, dari jumlah pengundi takkan sebanyak tu je dedak yang Rafizi mampu edarkan. Apakah jumlah penerima hanya sekita tidak sampai 100 orang? Atau itu adalah golongan asnaf kawasannya? Kalau asnaf maka cukupkah mereka terima 5kg beras setahun?

Rakyat Malaysia janganlah terkeliru dengan apa yang cuba dilakonkan oleh Rafizi ini. Perhatikan betul betul di mana beliau berada setiap hari dan apa yang dia buat untuk pengundinya setiap masa. Wajarkah dia buka pejabat khidmatnya tetapi hanya meletakkan wakilnya sahaja di sana?

Bagaimana pula dengan pejabat 'syarikat NGO' beliau? Adakah pejabat ini lebih diutamakan berbanding dengan pejabat khitmad masyarakat?

Bayangkan gaji yang mahal dibayar oleh Kerajaan Pusat dan hanya ini sahaja yang beliau lakukan untuk rakyat? Sama sahaja kalau anda perhatikan wakil rakyat pembangkang yang lain. Bagi mereka melalak di pentas ceramah adalah satu kerja.

Kelakarnya, dedak Rafizi bagaikan jilat habis ikon pujaannya. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Khabarnya paket platik beras tersebut lebih mahal dari nilai beras itu sendiri? 










Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top