.... Foto Petugas BN Kuala Kangsar Kena Pukul Petugas PAS? | AAKJ




SATU insiden yang tidak sepatutnya berlaku di bulan Ramadhan ini telah terjadi diantara penyokong PAS dan penyokong Barisan Nasional.

Pergaduhan tersebut telah mengakibatkan seorang pemuda bernama Mohd Faizol Faly telah mengalami kecederaan di kepala setelah dipukul dengan sebatang kayu.

Insiden tersebut bermula apabila para penyokong BN dari Terengganu sedang membuat lawatan dari rumah ke rumah di Taman Bunga Raya. Semasa mereka sampai di sebuah rumah, mereka telah diganggu oleh pihak penyokong parti PAS.

Setelah berlaku tolak menolak, bapa kepada mangsa telah jatuh. Mangsa bergegas membantu bapanya dan berlaku satu pergaduhan di mana mangsa telah dipukul dengan sebatang kayu di bahagian kepala.

Mangsa telah dibawa ke hospital Kuala Kangsar dan mendapatkan rawatan. Orang yang memukul mangsa dikenalpasti sebagai seorang lelaki Melayu yang bertubuh tinggi.

Semoga keganasan seperti ini tidak berulang lagi dalam keghairahan semua pihak berkempen untuk calon masing-masing.
  • PRU14.tv





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top