.... Dua Bulan Sekali Jenguk Sg Besar Sekiranya Menang, Calon PAN Dicucuk Hidung Isteri? | AAKJ



Kegilaan apakah ini? Calon PAN kekal dengan pendiriannya bahawa beliau hanya akan jenguk rakyat Sg Besar dua bulan sekali dan sekiranya rasa 'sedap' maka beliau akan jenguk sebulan sekali. Dan selebihnya Azhar akan berada di Mentakab di kampung isterinya untuk berpolitik di sana.

Bagi Azhar, segala permasalahan rakyat di parlimen Sg Besar akan dibebankan kepada dua Adun yang berada di dalam parlimen ini. DUN Sekinchan di bawah wakil rakyat DAP, Ng Sue Lim dan YB Budiman bagi mewakil DUN Sg Panjang.

Mudahkan formula beliau. Pegang kepala dua wakil rakyat ini dan arahkan mereka buat kerja. Azhar boleh goyang kaki dan usung bini ke sana kemari di kampung mertuanya di Pahang.

Namun berita terbaru yang aakj dengar, Azhar terpaksa membuat pengumuman tersebut di atas permintaan isterinya. Ini kerana hubungan isteri beliau dengan keluarga Azhar tidak berapa baik?

Menurut sumber atas faktor bermasam mukalah maka Azhar membawa diri ke Mentakab dan membuka perniagaan agen korban Raya Haji.

Bayangkan keluarga Azhar bukannya orang biasa-biasa di Sg Besar. Ayah beliau Datuk Syukur pernah menjadi wakil rakyat BN selama 3 penggal. Punyai harta yang melaut. Kalau setakat Azhar ingin uruskan harta ayahnya di Sg Besar, beliau lebih senang lenang di sini. Kenapa beliau bawa diri ke Mentakab?

Ada juga suara nakal bertanya, benarkah Azhar dalam usaha melarikan diri dari kampung isterinya dan berhasrat untuk berhijrah kembali ke Sg Besar kerana ada isu yang melibatkan wang orang kampung di dalam urusan lembu korban yang beliau uruskan dan juga derma masjid ke Kambodia yang tidak wujud?

Boleh Azhar jelaskan kisah gossip ini?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top