.... Deklarasi Rakyat Makin Longlai, Tunggu Masa Dicampak Ke Tong Sampah | AAKJ




"2-0", itulah keputusan terkini yang Mahathir harus akur menerimanya dalam masa tidak sampai pun 2 bulan. Usaha Mahathir ternyata gagal untuk jatuhkan PM Najib dan juga UMNO BN.

Bermula dengan keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang luar biasa pencapaian BN hinggalah ke malam ini, keputusan yang juga amat luar dari jangkaan rakyat Malaysia. BN menang dengan majoriti yang besar di kedua pilihanraya kecil parlimen Sg Besar dan parlimen Kuala Kangsar.

Strategi Mahathir dan juak-juak di bawah dagunya menggunakan nama 'rakyat' untuk berkempen secara halus di Sg Besar dan Kuala Kangsar ternyata ditolak mentah-mentah oleh warga di sana. Jenama 'Deklarasi Rakyat' yang telah tercemar dengan skandal penipuan serta meniru tandatangan orang lain antara faktor kempen jijik Mahathir ini ditolak. Malah ianya juga antara faktor rakyat sudah mula sedar bahawa siapa yang benar dan siapa yang rakus.

Majoriti sebanyak 9191 yang di perolehi oleh YB Budiman di Sg Besar dan 6969 majoriti yang diperolehi oleh Kak Mas di Kuala Kangsar adalah faktor angka. Bukannya faktor andaian atau jangkaan atau 'kalau'.

Keputusannya di SINI

Bayangkan Mahathir sanggup turun ke Sg Besar dan Kuala Kangsar sebanyak dua kali dan beliau menjadikan lokasi Sekinchan, Pasir Panjang serta di Jerlun sebagai tempat beliau menyerang PM Najib dan UMNO BN, akhirnya di tempat itulah keputusan berpihak kepada BN. Peti undi yang selama ini kebal DAP kerana majoritinya cina akhirnya berpihak kepada BN.

Keputusan di Sekinchan - baca di SINI

Keputusan di Jerlun - baca di SINI

Rakyat juga mula perasan betapa selama 22 tahun ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia, pernahkah Mahathir jenguk rakyat Sekinchan dan Jerlun? Apatah lagi sampai dua kali ke sana demi untuk memburukkan nama PM Najib dan UMNO BN.

Mahathir lupa bahawa produk yang beliau bawa adalah produk yang tidak termaktub di dalam perlembagaan negara. Rakyat bukannya bodoh, 'Deklarasi Rakyat' ciptaan Mahathir tidak pernah tercatat di mana mana klausa perlembagaan negara sebagai cara untuk menukar kerajaan maupun menukar Perdana Menteri.

Apa yang semakin jelas pada pemerhatian rakyat ialah, deklarasi yang penuh dengan skandal penipuan dan pemalsuan tandatangan tersebut hanyalah alat untuk Mahathir dan juak juaknya berkempen menjatuhkan PM Najib kerana isu peribadi yang PM Najib tidak tunaikan. Atau dengan kata mudah, PM Najib tidak melayan permintaan Mahathir yang dilihat lebih bersifat peribadi serta untuk kepentingan kroni kroni beliau semata mata.

Paling memalukan, kesanggupan Mahathir bergabung dengan DAP setelah di tolak oleh majoriti ahli UMNO BN tidak mampu untuk kalahkan BN di kedua kerusi parlimen tersebut. Kenapa? Mudah sahaja jawapannya. Rakyat sudah jelas yang mana hak dan yang mana penipuan. Lebih dari itu, rakyat sudah memahami segala bentuk dakyah penipuan ciptaan Mahathir dan juak juaknya.

Ilmu selama 22 tahun yang beliau ada jelas terbukti bahawa ianya bukan dari kepala beliau semata-mata. 22 tahun UMNO BN berjaya harungi onak duri di zamannya adalah hasil berkat kerjasama seluruh jentera dan kepimpinan akar umbi. Dan hari ini terbukti formula kesepakatan dan kerjasama berkumpulan adalah senjata utama.

"2-0" adalah isyarat jelas bahawa 'Deklarasi Rakyat' tidak sepatutnya disimpan di dalam Yayasan Perdana tetapi wajar dicampakkan sahaja di tong sampah. Bertindaklah segera sebelum pihak berkuasa memeriksa ketulenan tandatangan tersebut.

Dua kali turun menghasut, '2-0', dalam masa 2 bulan, ianya bukan kehendak Najib tetapi Allah yang ingin tunjukkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia betapa perancangan Allah adalah untuk kebaikan bukannya untuk mudaratkan hambanya.

Semakin Mahathir terlibat dengan pakatan haram pembangkang, pengaruh Mahathir makin ke laut!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top