.... Dakwaan Skandal Dengan Isteri Orang: Muhyiddin Percaya Dengan The Edge, Orang Juga Percaya Dengan Raja Petra | AAKJ



Apabila kerap kali Muhyiddin dengan bangganya berkata beliau amat yakin dan percaya dengan berita dari portal internet The Edge atau mana-mana yang sealiran dengannya berhubung dengan isu dakwaan wujudnya skandal di dalam tadbir urus 1MDB, apakah beliau ingat orang lain tidak percaya kepada berita dari Raja Petra?

Muhyiddin perlu buat laporan polis atau menyuruh sesiapa sahaja untuk membuat laporan terhadap dakwaan Raja Petra tersebut. Kalau boleh biarlah sampai ke UK sebab Raja Petra tinggal di sana.

Bayangkan setelah beberapa hari berita ini tersebar, hari ini barulah Muhyiddin bersuara dan sekadar minta Raja Petra minta maaf, logikkah?:

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tuduhan liar yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Katanya lagi, tuduhan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam beberapa siri entri blognya menjijikkan.

“Segala tohmahan tersebut adalah fitnah jahat dan sangka buruk yang disebarkan semata-mata untuk merosakkan integriti serta berbaur politik yang cukup menjijikkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Sempena bulan Ramadan yang juga merupakan bulan keampunan dan kerahmatan, seharusnya orang yang membuat fitnah ini beristighfar dan berdoa semoga dihapuskan segala dosa-dosanya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook.

Muhyiddin berkata Raja Petra harus meminta maaf jika dia sedar kesalahannya.

“Saya percaya kesemua tohmahan ini bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya setelah saya tidak lagi berada di dalam kabinet dan terus lantang bersuara untuk mencari kebenaran.

“Dugaan Allah SWT kepada saya amat besar di bulan Ramadan ini. Saya harus bertenang, bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan kita,” katanya.

Raja Petra dalam beberapa artikelnya, berkata Muhyiddin terlibat dalam skandal terlarang. – Astro Awani


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top