.... Cina Sekinchan Tidak Benarkan Bendera PAN Dipasang? | AAKJ



Bendera PAN Tiada Di Pekan Sekinchan, Pengundi Cina Mahu Ajar Calon PAN

Amat mengejutkan, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku. Tiada kelihatan bendera PAN, hanya BN dan PAS yang mendapat tempat di bandar Sekinchan.

Bendera PAN hanya muncul beberapa helai berkibar dengan lesunya di hadapan pejabat DAP sahaja. Tidak sampai pun sepuluh helai bendera PAN. Berbanding BN yang dipacak tinggi di atas tangki air di Sekinchan. PAS lebih banyak, hampir 25 bendera PAS berkibar.

Apa sebenarnya yang terjadi? Kami sempat bertanya kepada dua orang responden di Sekinchan. Salah seorang peniaga pakaian di situ berkata "Susah mahu tengok muka ADUN DAP ni, bila ada musim mengundi baru nampak muka. Kali ini kena bagi peluang orang lain pula, baru ada fight" katanya.

Seorang lagi makcik berusia lewat 40 an menyatakan beliau keliru siapa sebenarnya yang menjadi calon. "Saya banyak keliru, siapa yang jadi calon ni, Ng Sue Lim atau itu Ustaz Oren. Kalau dia sudah menang apa itu Ustaz Oren mahu buat? Dia bukan orang sini, nanti mahu cari muka pun susah" keluhnya lagi.

Nampaknya pengundi Sekinchan benar benar berasa tidak puas hati kepada DAP dan PAN. Mereka merasakan seolah melihat satu pementasan opera sahaja di hadapan mereka. Bila selesai musim mengundi, semua sepi dan sukar dicari.

Kawasan bandar Sekinchan ini melibatkan dua PDM iaitu Pusat Daerah Mengundi Sekinchan melibatkan 1,704 pengundi dan Pusat Daerah Mengundi Tempatan Tengah, 2,330 pengundi. Keseluruhannya sejumlah 4,034 pengundi. Majoritinya adalah pengundi Cina.

Pengundi Cina bakal membuat kejutan kali ini. Entah apa sebenarnya yang akan ditulis di kertas undi. Sama macam di Batu Kawa dan Batu Kitang, Sarawak, akhirnya calon DAP telah diajar cukup cukup di atas kertas undi.

Foto hiasan





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top