.... Calon PAS Dan PAN Berebut Tempat Kedua Di Sg Besar | AAKJ



Kecoh di kedua kem parti pembangkang bahawa mereka tidak akan menang di pilihanraya kecil parlimen Sg Besar.

Menurut sumber dalaman pakatan harapan, PAN akan menerima kekalahan teruk akibat gaya kempen yang agresif terhadap kaum cina Sekinchan sahaja dan tersilap langkah kerana di awal kempen PAN, mereka menggunakan Tony Phua dan Teresa Kok yang tidak disukai oleh cina Sekinchan.

Tony berlagak kononnya dia cina bangsawan, datang dengan cakap berabuk inggeris dan selang seli cina mandarin tanpa peduli bahawa cina Sekinchan hanya cakap hokien. Teresa Kok pula dilihat kononnya amat pembersih dan geli untuk masuk ke ceruk kampung cina Bagan.

Ditambah pula dengan PAN yang dilihat seperti hanyalah alat DAP. Ng Sue Lim mengusung calon PAN lebih banyak bercakap dari Azhar. Hinggakan apabila Azhar ingin bercakap di hadapan media, Ng Sue Lim tidak benarkan dan ini tidak dapat diterima oleh cina Sekinchan juga.

Rata-rata cina Sekinchan sudah sebati dengan budaya Melayu kampung dan kedatangan cina-cina bandar DAP amat kurang disenangi. Gaya makan minum dan bergaul seperti mereka sudah buka cina.

Terbaru, cina Sekinchan marah apabila mereka menerima hadiah tong sampah dan tong tersebut adalah berwarna oren. Bagi cina Sekinchan, hadiah tong sampah ini membawa petanda 'suwey' atau malapetaka. Satu penghinaan yang tak dapat mereka terima.

Kehadiran Mahathir juga antara sebab kenapa cina Sekinchan mula menolak calon PAN. Lihat sahaja program Mahathir pagi ini, tiada kelibat cina Sekinchan. Yang ada hanyalah tetamu dari luar yang memenuhkan khemah. Bagi cina Sekinchan, Najib membantu rakyat dan jelas dapat dilihat oleh semua orang. Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, pernahkah beliau pijak kaki di Sg Besar?

Tambahan pula gaya kempen Budiman yang bersahaja dan majoriti cina Sekinchan mengenali beliau. Paling tidak, sekarang ini Budiman mendahului mereka, PAS dan PAN dengan 1000 lebih undi.

Calon PAS, sememangnya dari awal sudah di tolak. Bermula dari calonnya diperkenalkan. Dr Rani, bukannya anak Sg Besar dan di Meru pun beliau gagal berkhidmat dengan baik kepada rakyat di sana. Paling kuat pun beliau hadiahkan jamban sahaja. Ini jelas kedengaran betapa penolakan terhadap calon PAS cukup kuat di sini.

Anda boleh agak siapa di tempat kedua?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top