.... Calon PAN Dan Keluarganya Dapat Banyak Manfaat Dari BN | AAKJ



Baru masuk hari kedua siri kempen pilihanraya kecil parlimen Sg Besar, pelbagai versi 'tak senang hati' di kalangan penduduk Sg Besar termasuk dari penyokong dan ahli parti PAN berhubung calon mereka yang dinamakan oleh Mat Sabu sendiri.

Bagi penduduk di kawasan parlimen ini, calon PAN, Azhar Abdul Shukur yang juga anak kepada bekas wakil rakyat BN tidak membawa erti yang besar kepada isi perjuangan PAN.

Menurut penduduk di sini yang ingin dikenali sebagai Hairul berkata,"Anak bekas wakil rakyat BN, mereka hidup senang atas manfaat BN, berjaya dalam karier atas kemudahan bapanya bekas ADUN BN dan berjaya di dalam perniagaan pun atas nama bapanya bekas wakil rakyat BN, apa kelebihan beliau sendiri?"

"Selama beliau menjadi anak kepada YB Dato Hj Abdul Shukor bin Hj Siraj, apa yang dia buat untuk menasihati bapanya kalau beliau menganggap perjuangan bapanya itu salah?" tegas Hairul lagi.

"Apakah beliau lupa jasa dan khidmat bapanya dahulu semasa menjadi wakil rakyat?" sambungnya lagi.
Pandangan Hairul turut dikongsi bersama oleh En Saiful, penyokong PAN.

Menurut beliau, "kalau dilihat kepada latar belakang Azhar yang menjadi pengarah urusan di beberapa buah syarikat dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis Pengajian Islam di Karachi Pakistan, ternyata Mat Sabu sebagai Presiden PAN gagal mencari calon yang betul-betul datang dai kelompok bawahan".

Ini kerana menurut Mat Sabu, Azhar dipilih untuk membawa suara petani dan nelayan, apakah Azhar dari keluarga golongan itu? Kami di sini tahu asal usul beliau dari keluarga wakil rakyat BN dan sepanjang hidup sebagai anak wakil rakyat, beliau tidak pernah pedulikan golongan tersebut. Apa yang Mat Sabu cuba sampaikan?

"Kita perlu seorang wakil rakyat yg memahami suara naluri petani nelayan dan penternak, faham kehidupan masyarakat supaya suara penduduk Sungai Besar akan ke parlimen nanti.

"Kita tak mahu calon menang tidur di parlimen. Harap dia memainkan peranan membongkar masalah dan membela rakyat,"- Mat Sabu, ketika hari memperkenalkan calon PAN
Malah rata-rata warga parlimen Sg Besar tertanya tanya, kalau Azhar minat membantu masyarakat dengan mempunyai misi dan visi yang hebat, kenapa beliau tidak menjadi ahli politik sejak dari awal tetapi Azhar memilih untuk bekerja dengan IKIMfm dan TV9?

Adakah perniagaan Azhar menghadapi masalah dan mencuba nasib "mencari rezeki dengan politik" pula?

Malanglah rakyat parlimen Sg Besar sekiranya menyerahkan nasib kepada pemimpin yang ketika hidup di dalam lingkaran "wakil rakyat" tetapi tidak mengendahkan rakyat ketika itu.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top