.... Calon PAN Akan Bersama Warga Sg Besar Dua Bulan Sekali, Tiada Rancang Apa-Apa Pembangunan | AAKJ



Apakah agaknya perancangan pembangunan yang boleh dilakukan oleh calon PAN, Azhar Abdul Shukur sekiranya selepas menang beliau hanya mahu bersama penduduk Parlimen Sungai Besar hanya dua bulan atau sebulan sekali?

Itulah tekad yang dikatakan oleh Azhar semasa berucap ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di hadapan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Sejak dari dulu lagi, pembangunan di kawasan Sungai Besar dirintis oleh wakil rakyat BN antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan bekas Ahli Parlimen Sungai Besar Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.

PAN sebagai parti yang baru lahirkan itupun masih belum matang tidak berkelayakan untuk memberikan pembangunan kepada pengundi Parlimen Sungai Besar.

Bagi bapa calon PAN sendiri, Datuk Abdul Shukur Siraj yang mengatakan parti yang diwakili anaknya itu belum nampak bakat dari aspek memberikan pembangunan kepada rakyat.

“Parti itu belum nampak bakat lagi,” katanya kepada pru14.tv ketika ditanya berkenaan peluang PAN pada PRK itu.

Selain itu, amalan politik kebencian yang dimainkan oleh pemimpin PAN membuatkan rakyat mula berasa curiga apakah jenis pembangnuan yang boleh dibawa oleh wakil rakyat PAN seandainya menang.

Mereka banyak memberikan fokus kepada mengutuk dan mengkritik PAS sahaja padahal mereka tidak sedar pemimpin mereka adalah hadir dari PAS yang kalah pemilihan tahun lepas, kemudian keluar dan buat parti baru.

Azhar menurut bapanya lagi, sekadar mencuba nasib kali pertama selepas sejak sekolah rendah lagi tidak berminat mahu menyokong BN sebagaimana bapanya.

Rakyat di Sungai Besar dilihat bakal cenderung memilih calon BN, Budiman yang banyak memberikan bakti kepada penduduk turut bersama-sama dengan Noriah.

PRK Sungai Besar diadakan kerana kematian Noriah dalam nahas helikopter di Sebuyau pada 5 Mei lepas menjadikan kerusi berkenaan kosong.

Selain Azhar, BN menampilkan calon mereka Budiman dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.

Pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar bakal mengundi pada 18 Jun nanti.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top