.... Bila Dr Rani Hendak Sokong Hudud Sama Seperti Hadi | AAKJ



PAS dilihat hilang arah apabila mempertaruhkan Dr Rani, ADUN Meru sebagai calon pilihanraya kecil parlimen Sg Besar.

Menurut sumber, pertaruhan ini kerana Dr Rani dikatakan 'pro-cina' yang mana PAS sudah menjangkakan bahawa parti itu amat perit untuk mendapat undi dari cina yang majoriti kononnya masih setia hanya kepada DAP.

Ketika keputusan ini dibuat oleh pemimpin tertingi PAS, hudud bukan lagi menjadi kriteria utama, yang penting PAS ingin menang dengan apa cara sekali pun. Kalau tidak maruah PAS bakal dicalar oleh PAN dan PAS akan malu seumur hidup.

Dr Rani memang terkenal dengan kenyataan yang berlawan arus dengan kepimpinan PAS pusat di dalam isu hudud dan tambah sumber dalaman pakatan rakyat, Hadi Awang secara peribadinya tidak bersetuju dengan pemilihan ini namun akur kerana 'patern' PAS Selangor lebih mirip kepada 'PAS Liberal'. Boleh tidur sebantal dengan PKR dalam kamar dan ranjang yang sama dengan DAP.

Sudah 5 hari berkempen dan sehingga berita ini ditulis, belum ada satu kenyataan dari Dr Rani berhubung dengan 'perjuangan hudud' malah beliau cuba mengelak dari menjawab berhubung isu RUU yang dibentangkan oleh Presiden PAS tempohari.

Paling mengejutkan calon PAS ini tidak berani menjawab apabila PAS diserang oleh Lim Kit Siang berhubung dengan isu PAS berfikiran sempit sejak dipimpin Hadi
. Dr Rani mewakili siapa sebenarnya? Apakah sudah ada perjanjian gelap antara beliau dengan DAP? Menang PAS atau PAN maka keduanya kekal sebagai balaci DAP?
 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top