.... Azmin Peluk Mat Sabu Tanda Sokongan Penuh PKR Terhadap PAN Di Sg Besar | AAKJ



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini hadir ke pusat penamaan calon di Sungai Besar bagi memberi sokongan kepada calon sekutu mereka Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau tiba kira-kira jam 9 pagi dan kelihatan beramah mesra, termasuk berpelukan dengan Presiden PAN Mohamad Sabu.

Azmin sebelum ini tidak hadir ketika PAN mengumumkan calon mereka.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Azmin dinasihatkan tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Katanya, larangan itu dibuat supaya Azmin 'menjaga' kerajaan Selangor dan hubungannya dengan PAS yang masih mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.

Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin sebelum itu berkata Azmin sedang berada di London untuk urusan graduasi anaknya dan akan pulang pada Ahad (hari ini).

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top