.... Azmin Hanya Kirim Gambarnya Sahaja Di PRK Sungai Besar | AAKJ



Sehingga saat ini Azmin Ali masih lagi bermain teka teki dengan jentera pilihanraya pakatan harapan. Beliau tidak muncul langsung sejak dari selepas hari penamaan calon dan ini menimbulkan pelbagai reaksi dari penduduk parlimen Sg Besar.

Paling teruk ada yang mula menganjing dengan lontaran ayat yang berbaur betapa kecewanya jentera pembangkang, "Azmin hanya kirim gambarnya sahaja ke Sg Besar, lagak bagaikan big bos.."

"Komitmen Azmin hancur, mungkin Azhar bukan calonnya atau mungkin beliau kecewa kerana pakatan harapan tidak memberi laluan serta PAS keras kepala kepada PKR untuk melawan BN" sambung petugas bilik perang pakatan harapan.

Berbeza dengan Barisan Nasional, Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri yang lain silih berganti datang untuk bertemu dengan rakyat. Datang bukan setakat berjanji tetapi menyelesaikan masalah rakyat di Sungai Besar ini.

Paling ketara apabila jentera PKR yang hadir di pilihanraya kecil parlimen ini dipaksa memakai baju PAN oleh sektariat pakatan harapan. Apakah Azmin sengaja biarkan keadaan ini berlaku kerana ingin sampaikan mesej kepada Wan Azizah yang juga Presiden PKR supaya jangan jadi barua DAP?


Atau Azmin sedang memerhati dari jauh dan membuat congakan kuasa? Apabila nampak kemenangan maka Azmin akan muncul dan bila terserlah kekalahan maka saat itu Azmin akan hamun kesemua pemimpin pakatan pembangkang kerana tidak mendengar cadangan asal atau awal beliau?

Jelas, rakyat Sg Besar bakal akan rugi sekiranya tidak kekalkan kerusi BN di sini kerana calon PAN sendiri pun membuat pengakuan jujur bahawa beliau hanya akan berkhidmat 2 bulan sekali sekiranya menang.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top