.... Azmin Akan Gulai PAS Jika Tewas Di Sg Besar | AAKJ



Ketika suara-suara nakal mengatakan Azmin Ali penakut berdasarkan ketiadaan beliau selama minggu pertama di dalam siri kempen pilihanraya kecil parlimen Sg Besar, kemunculannya bagaikan menafikan kesemua tuduhan tersebut. Bahkan kehadiran Azmin dilihat sebagai isyarat jelas hala tuju Kerajaan Negeri Selangor selepas pilihanraya ini.

Bayangkan di hadapan penyokong DAP, PKR, PAS dan PAN, Azmin dengan lantang mengumumkan betapa sokongan beliau hanya kepada calon PAN dan bukannya calon PAS. Walhal PAS adalah rakan sekutu di dalam pentadbiran negeri dan PAN hanya rakan baru di dalam pembentukan pakatan pembangkang yang baharu.

Azmin tidak berkerut dahi untuk jelaskan pendiriannya dan menurut sumber rapat, Azmin sudah membuat congakan bahawa siapa yang bakal bersama PKR dan DAP di Selangor selepas ini.

Sehingga saat ini, PAS Pusat maupun PAS Selangor hanya mengambil sikap berdiam diri. Menikus dan bimbang untuk menjawab isu sokongan Azmin secara terbuka itu. Mungkin PAS sudah boleh membaca nasib parti mereka di pilihanraya kecil ini.

Tidak mustahil Azmin bakal menyingkirkan PAS di dalam pentadbiran Selangor sekiranya PAS kalah kepada PAN di pilihanraya ini kelak. Azmin tidak perlu takut untuk membuat keputusan kerana bukan semua Adun PAS Selangor pro kepada Hadi Awang.

Kalau di depan khalayak Sg Besar Azmin boleh gulai PAS hangit, apatah lagi selepas keputusan undian nanti. Bukan setakat gulai hangit malah lebih dari itu Azmin akan buat. Lihatlah nanti.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top