.... Akibat Anak Kecil Kita Halau Solat Di Belakang | AAKJ



Halau Anak-Anak Ke Belakang...

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شِدَّادِ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ إِحْدَى صَلاَتَيِ الْعِشَاءِ وَهُوَ حَامِل حَسَناً أَوْ حسَيْناً فَتَقَدَّمَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلاَةِ فَصَلَّى فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلاَتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا قَالَ أَبِيْ فَرَفَعْتُ رَأْسِيْ وَإِذَا الصَّبِيُّ عَلَى ظَهْرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِد فَرَجَعْتُ إِلَى سُجُوْدِيْ فَلَمَّا قَضَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلاَةَ قَالَ النَّاسُ يَا رسول الله إِنَكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلاَتِكَ سَجْدَة أَطَّلْتَهَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْر أَوْ أَنَّهُ يُوْحَى إِلَيْكَ قَالَ كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَلَكِن ابْنِي ارْتَحَلَنِيْ فَكَرَهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ

Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata: "Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama".

Ayahku berkata: "Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyu".

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda: "Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiri" [HR. Nasa’i no. 1141].

Pengajaran yang patut "Ultra Konservatif Melayu Nusantara" ambil dari hadis di atas:

1- Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.

2- Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.

3- Nabi tidak menghalau anak kecil ke balakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.

4- Tiada istilah "putus saf" jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.

5- Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?

6- Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.

7- Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti meraka.

8- Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam yang termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan Masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.

9- Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatunya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah. Ibu bapa pula, tertanggungjawalah terhadap anak masing-masing.

10- Meletakkan anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain ianya juga merbahaya kerana memudahkan penculikan berlaku. Perkara ini pernah terjadi beberapa kali di dalam Malaysia. Yang terbaru terjadi penculikan 3 hari lepas sewaktu si ayah sedang bersolat di hadapan dan anak-anaknya solat di saf belakang.
 

TUMPAT - Seorang budak lelaki berusia 9 tahun diculik selama tiga jam apabila dilarikan seorang lelaki ketika keluarganya singgah solat Maghrib di Masjid Mukim Kutan, malam semalam.

Bagaimanapun, budak lelaki tersebut berjaya ditemui semula selepas jemaah masjid menangkap seorang lelaki kira-kira jam 10.30 malam.

Imam Muda Masjid Mukim Kutan, Muhammad Idris berkata, budak lelaki itu singgah bersama ayahnya serta adiknya berusia 3 tahun untuk solat Maghrib di masjid ini.

"Keluarga itu dikatakan dari Rantau Panjang mahu ke lapangan terbang, Kota Bharu untuk mengambil anaknya.

"Singgah di masjid ini kira-kira jam 7.45 malam untuk menunaikan solat Maghrib," katanya.

Menurutnya, selesai solat Maghrib, ayah budak itu mendapati anaknya tiada.

"Ketika solat Maghrib itu, ayah budak itu solat di hadapan, manakala budak berusia 9 tahun ditemani adiknya solat di belakang," katanya.

Muhammad berkata, selepas usaha mencari di sekitar masjid gagal, dia mengadakan solat hajat selepas selesai solat Isyak.

Katanya, usaha mencari diteruskan sehingga 100 meter dari kawasan masjid sebelum terjumpa seorang lelaki yang menyembunyikan budak itu di belakang sebuah tadika.

"Jemaah terus menghubungi pihak polis untuk menyerahkan lelaki itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 342/323 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah dan mencederakan mangsa," katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top