.... Akhirnya Mahathir Hanya Sekadar Badut Pakatan Pembangkang | AAKJ



Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir kini bercakap tentang pembentukan platform baru untuk menentang Perdana Menteri Najib Tun Razak. Sebenarnya ia masih tentang menggulingkan Najib yang digelarkan sebagai ‘Third Force’.

Pada tahun 2008, apabila saya mula mencetuskan idea ‘Third Force’, pihak pembangkang telah menghentam saya dengan teruk dan menuduh saya pengkhianat. Dan kemudian apabila saya melancarkan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dua tahun lalu, pada tahun 2010, di situlah bermulanya masalah saya dengan pihak pembangkang. Mereka menuduh saya cuba untuk mensabotaj pihak pembangkang dengan ‘memecah undi’.

Enam tahun lalu, selepas pembangkang ‘menceraikan’ saya, saya memutuskan untuk melupakannya. Agak mengejutkan, selepas ‘menceraikan’ saya, mereka menuduh saya tidak setia, pengkhianat, dan sebagainya. Biar betul! Saya yang telah ditendang keluar, tetapi saya yang dikatakan sebagai tidak setia dan pengkhianat? - menurut Raja Petra.

Perkara yang sama berlaku kepada PAS. Selepas menendang PAS keluar daripada pakatan pembangkang dan selepas membentuk parti Islam baru yang digelar PAN bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang, mereka telah menuduh PAS tidak setia, pengkhianat dan tidak menghormati Pakatan Harapan.

Pihak pembangkang terutamanya dalam Pakatan Harapan mempunyai cara berfikir yang pelik. Anda akan bayangkan orang yang menawarkan diri mereka untuk menjadi kerajaan persekutuan yang seterusnya sudah pasti akan berfikir lebih baik dari itu. Ternyata mereka bersifat keanak-anakan dan tidak boleh berfikir secara rasional.

Platform baru ini sebenarnya telah dimulakan sejak setahun lalu pada bulan Ogos, selepas Muhyiddin dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantikan dan apabila Kempen Anti Najib (ANC) sedar bahawa ia bukannya senang untuk menggulingkan Najib. Kemudian golongan yang kononnya sederhana atau progresif dalam PAS, yang anti-Syariah pula dalam proses untuk meninggalkan parti tersebut bagi memulakan parti mereka sendiri. Jadi, mereka perlu menangguhkan pelancaran parti baru tersebut.

Tambahan pula, mereka perlu mencari alasan untuk membentuk Semangat 46 versi 2.0 (Semangat 1946 apabila Umno ditubuhkan) atau Semangat 88 (Semangat 1988 apabila Umno Baru ditubuhkan) atau Parti 4M (Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Mahfuz) atau sebagainya. Kini alasan tersebut adalah pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada Umno baru-baru ini.

Mahathir walaubagaimanapun mempunyai rancangan lain. Rancangannya adalah Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengambil alih PKR dan parti itu menjadi platform baru untuk menentang Umno dan menjatuhkan Najib. Anwar Ibrahim walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan rancangan itu termasuklah keluarga dan orang yang rapat dengannya.

Video ini masih menjadi luka buat Anwar, keluarganya dan orang yang rapat dengannya. Dan untuk menjadikannya lebih teruk, minggu lalu Mahathir telah menghina Anwar dengan mengatakan bahawa beliau telah memaafkan Anwar – sedangkan Anwar yang sepatutnya berkata sama ada beliau memaafkan Mahathir, dan bukan yang sebaliknya (dan Mahathir sehingga kini tidak pernah meminta maaf dengan Anwar).

Jadi, sebelum Azmin menyingkirkan Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka yang akan menggulingkannya dahulu dan menggunakan hubungan sulit Azmin dengan wanita lain sebagai pemangkin. Mereka cuba untuk mengatur agar bapa gadis itu yang sedang marah untuk tampil dan mengesahkan hubungan tersebut, melainkan Azmin dapat berjumpanya dahulu dan menawarkan tawaran yang lebih baik untuk ‘pampasan dan kerosakan’.

Masalah kini yang perlu dilihat oleh Azmin, Muhyiddin, Lim Kit Siang, Mat Sabu dan sebagainya adalah sama ada Mahathir masih mampu untuk merosakkan Umno dan Barisan Nasional. Kekalahan pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan bahawa Mahathir sudah hilang taring.

Sejak dua pilihan raya kecil itu, Lim Kit Siang dan Mat Sabu sudah tenang sedikit. Sebelum itu, mereka sering berkomunikasi dengan Mahathir dan teruja dengan prospek untuk mengalahkan Najib dalam Referendum Sungai Besar dan Kuala Kangsar (terutamanya apabila Mahathir turun berkempen dengan bersungguh-sungguh dan menyuruh pengundi menyokong Pakatan Harapan).

Mahathir cuba untuk melakukan sesuatu yang mustahil terhadap Najib di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Namun begitu, daripada memenangi Referendum anti-Najib, Umno sebenarnya menang jauh lebih baik berbanding pilihan raya umum 2013. Dan ini mengejutkan mereka kerana mereka fikir Mahathir yang berada di belakang mereka akan memeberikan kemenangan buat mereka.

Pakatan Harapan, terutamanya Lim Kit Siang dan Mat Sabu kini mencari jalan untuk memisahkan pembangkang daripada Mahathir. Mereka tidak lagi sering berhubungan dengan Mahathir. Malah, kini Mahathir perlu menelefon mereka, bukan seperti sebelum ini, mereka yang menelefon Mahathir – malah mereka juga cuba mengelak dari panggilan Mahathir.

Apabila Mahathir memanggil mereka untuk mesyuarat, mereka tidak lagi bergegas ke sana. Mereka akan bertanya dahulu untuk apa mesyuarat tersebut dan jika tiada kepentingan bersama (tetapi hanyak menguntungkan Mahathir) meeka cuba untuk memberi alasan demi mengelak mesyuarat tersebut. Malah Mahathir dapat merasakan bahawa kini beliau dilayan seperti orang yang tidak penting lagi.

Mahathir perlu sedar bahawa Pakatan Harapan hanya melayan beliau seperti kadam. Adakah anda fikir Anwar, Kit Siang, Mat Sabu dan yang lain menganggap dan melayan Mahathir secara serius? Mereka melihat peluang untuk menggunakan Mahathir bagi menjejaskan Najib dan seterusnya menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

Kini ia adalah “a pie in the sky” iaitu sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Namun mereka masih akan menggunakan Mahathir. Beliau masih lagi berguna untuk perkara-perkara tertentu. Aktiviti Mahathir akan dihadkan kepada perkara-perkara tertentu sahaja dan tidak lagi diberi kebebasan. Membiarkan Mahathir bebas di seluruh negara sama seperti “to letting a bull loose in a china shop”.

Mahathir meletakkan dirinya dalam keadaan yang cukup menyedihkan. Dahulu beliau adalah Putera Raja Pakatan Harapan. Kini beliau adalah Putera Badut Pakatan Harapan. Kewujudan beliau sekadar untuk menghiburkan suasana, bukannya untuk dilayan secara serius malahan beliau tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja penting.

Anwar Ibrahim mungkin sedang ketawa guling-guling. Tidak hairanlah dia sakit belakang dan terpaksa dihantar ke hospital. Melainkan jika dia sakit kerana melakukan sesuatu yang dia tidak sepatutnya dilakukan. Sementara itu, Muhyiddin ada “nothing to hide” yang akan mendedahkan rahsia terbesar beliau dalam satu majlis pada 3 Julai 2016. Jadi pastikan anda berada di sana untuk mendengar kisah Nika Gee dan perceraian dengan suaminya.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top