.... Adun PAS Terengganu Buat Solat Dua Imam Di Kuala Kangsar? | AAKJ



Kerana berbeza fahaman politik Adun PAS Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah sanggup membuat solat berjemaah yang kedua ketika jemaah pertama belum selesai menunaikan solat di sebabkan fahaman politik.

Disebabkan jemaah pertama imamnya daripada parti PAN maka dibina jemaah kedua dalam masa yang sama ketika di masjid Kuala Kangsar,

#Islam Itu Indah, jangan cemarkan dengan budaya politik

sumber: terengganukini


Ini jawapan :

Fitnah dihidupkan....awas berjaga-jaga dengan fitnah. Jawapan saya kepada fitnah di bawah gambar ini ini. Satu persoalan kenapa dia tidak letak waktu yang tepat pukul 2? Kenapa letak waktu Zohor?

Bismillahirrahmaanirrahim

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Sunnah Rasulullah s.a.w akan menunaikan qasar dan jama bagi solat zohor dan asar dalam bermusafir. Di samping itu, ada ulama yang berpandangan mengambil rukhsah lebih baik daripada mengambil a'zimah, ketika bermusafir.

Kami yang memahami kelonggaran syariat ini, berada dlm musafir di Kuala Kangsar. Kami singgah lebih kurang pukul 2 ptg di masjid Ubudiyah Kuala Kangsar utk solat, kelihatan ahli jemaah berduyun-duyun keluar setelah selesai solat zohor berjemaah dengan imam rawatib masjid tersebut.

Kami lihat ada warga tempatan menjadi imam dalam keadaan solat tamam (lengkap empat rakaat) di tepi dewan solat masjid, tapi kami yg bermusafir solat qasar dan jama'.

Kami tidak menyangka dalam masjid yang mulia di bulan yg mulia, ada insan ambil gambar kami dan buat fitnah utk memburukkan amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS dan kami.

Saya menganggap juru gambar ni bukan asal ahli PAS yang masuk Pan sebab ahli Pan yang asalnya Pas, dia mesti sangat faham tentang isu amanat ni.

Kami jugok menganggap juru gambar memang tidak pernah melihat suasana ada jemaah yang solat tamam dan jemaah yang solat qasar dan jama. Mungkin ini kali pertama dia masuk masjid.

Kami juga menganggap juru gambar ini tidak dapat beza antara solat qasar jama dengan solat tamam sebab jenis orang DAP berbaju PAN memang suka cerca syariat islam.

Juru gambar ini mungkin orang DAP yang berbaju Pan, sebab kami solat tapi dia sibuk ambil gambar je. Memang ramai ahli DAP tidak solat.

Ingat Pan, ingat DAP....ingat DAP ingat dia BENCI ISLAM

Jika orang jujur dan baik hati membaca ulasan si penyebar fitnah dan melihat baju-baju ahli jemaah, dia tidak akan terpengaruh dan terkesan dengan rekaan fitnah ini. Sepatutnya dia ulasan tentang ketiadaan air dalam tandas masjid yang begitu ketara pada hari itu. Ini isu kebajikan ahli jemaah tapi dia sibuk sebar dan reka fitnah. Cukuplah...

Kite serah semua urusan kepada Allah yg Maha Esa. Sekian..


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top