.... ADUN DAP Nyaris Kena Tumbuk Di Kuala Kangsar? | AAKJ



Satu pertengkaran kecil tercetus di pusat mengundi di SMK Tsung Wah, Kuala Kangsar pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi apabila beberapa penyokong BN menghampiri ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How.

Menurut ADUN Canning, Wong Kah Woh yang berada di lokasi kejadian, pertengkaran tercetus selepas mereka tiba di pusat mengundi itu pada jam 11 bagi memantau perjalanan pembuangan undi hari ini.

“Tiba-tiba datang sekumpulan 40 lelaki berbaju BN dan melaungkan slogan. Mereka (cuba) memprovokasi (kami).

"Seorang daripada mereka mencekak baju Howard Lee,” katanya kepada Malaysiakini.

Lee, bagaimanapun tidak dipukul kerana penyokong kedua-dua parti dan juga pihak polis berjaya menghentikan pertengkaran itu. Beliau juga dilaporkan tidak cedera.

Menurut Wong, parti itu akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan sama ada mereka mahu membuat laporan polis.

Video menunjukkan lelaki itu, yang berbaju dan berkaca mata hitam mencekak baju Lee seolah-olah mahu menumbuknya sambil menjerit, "Apa lu cakap?” berulang kali.

Walaupun lelaki berkenaan tidak memakai baju BN, dia disokong oleh kumpulannya yang memakai baju T BN.

Sementara itu, ADUN BN bagi kerusi Bukit Chandan, Maslin Sham Razman, yang tiba kemudian, enggan mengulas mengenai kekecohan itu.


Itu lapor portal pro pakatan haram. Kita tunggu laporan menyusul dari saksi atau media yang lain.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top