.... Video Undi DAP Supaya Aziz Boleh Jahanamkan Puak Melayu - Penceramah DAP | AAKJ



Setelah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak melabuhkan tirainya pada sabtu lalu dengan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN), sebuah video menampilkan ahli DAP Dr Hew Kuan Yau berkempen dengan mengeluarkan kata-kata perkauman menjadi viral.

Video tersebut menunjukkan Kuan Yew berucap dihadapan penduduk Kuching sewaktu kempen PRN Sarawak bagi mempromosikan calon DAP, Abdul Aziz Isa bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

"Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang. Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak. Mungkin akhirnya selepas 36 tahun, DAP akan ada ADUN Melayu di Sarawak

"Supaya Aziz boleh skrew (jahanamkan) puak Melayu sendiri. Skrew Melayu korupt sendiri. Skrew Pok Kai puak Melayu sendiri (biar orang Melayu gagal)," katanya dalam petikan video tersebut.
 

Kuan Yew merupakan bekas Ketua Publisiti Pilihan Raya DAP juga pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2013 dengan tersebarnya gambar beliau memberikan isyarat lucah dihadapan papan tanda tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang digelarkan 'Superman DAP' kerana sering berbaju-T tertera logo adiwira tersebut dianggap ahli parti sebagai orang lantang, namun kelantangannya itu hanyalah disebabkan oleh kata-kata kasar dan lucah yang dikeluarkannya sewaktu berkempen atau ceramah.

Sungguhpun mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam sejarah China daripada sebuah institut di Hong Kong, kelakuannya tidak menggambarkan tahap pendidikan bergelar 'Dr' yang dimilikinya.

Dalam sebuah ceramah beberapa tahun lepas, Kuan Yew pernah melabelkan bekas Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen sebagai 'nightclub mummy' .

Sementara bekas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dilabelkan sebagai 'Soh Hai' yang membawa maksud orang bodoh disamping memaki keluarga Soi Lek dengan gelaran 'ham kah chan' (semoga mereka sekeluarga segera mati).


sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top