.... Surat Amaran Anwar Terhadap Mahathir: Rafizi Kata Sah, Shamsul Iskandar Kata Palsu | AAKJ



Walaupun dinafikan seorang naib presidennya, terdapat pemimpin kanan lain PKR yang menegaskan surat Anwar Ibrahim yang menyatakan kegusaran dengan langkah Mahathir benar-benar wujud.

Baca: 

Surat lapan halaman bertulis tangan itu dikatakan menyentuh penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.

Portal media aliran pembangkang turut menerima salinan surat itu yang berjudul “Warkah dari penjara” daripada seorang pemimpin kanan PKR yang enggan namanya disebut.

Bagaimanapun, berdasarkan semakan dengan Rafizi Ramli, setiausaha agung PKR itu mengesahkan kesahihan surat itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu dan berharap orang ramai membaca dan menilai sendiri kandungannya.

"Surat itu benar. Saya tak nak ulas lanjut. Biar rakyat baca dan buat penilaian," kata Rafizi kepada media berhaluan pembangkang.

Penjelasan Naib Presiden PKR:

Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, menafikan wujudnya 'surat panjang lebar' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Shamsul yang juga anggota parlimen Bukit Katil mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut.

Malah beliau juga meminta supaya pihak admin Facebook AMK Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.

"Tak timbul soal kesal dan sebagainya. Anwar konsisten dari awal dengan isi kandungan Deklarasi Rakyat dan ia harus didokong. Tak timbul.

"Anwar ini banyak surat. Kita tak tahu surat yang mana satu yang dimaksudkan oleh AMK yang tidak bernama ini. Saya harap kalau betul ia dari AMK Pulau Pinang, pihak admin harus ambil tindakan segera supaya betulkan persepsi yang mungkin akan timbul secara negatif terhadap apa sahaja ikhtiar atau usaha kita untuk berlawan dengan perdana menteri sekarang dan gesa beliau undur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Timbul persoalan, bolehkah penjenayah liwat menulis dan menyebarkan suratnya dari dalam penjara?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top