.... SPRM Bila Sebenarnya Nak Panggil Guan Eng | AAKJ



Sudah masuk 5hb Mei dan ianya jelas telah melebihi dari tarikh yang dijanjikan oleh pihak SPRM di dalam menangani isu skandal pembelian banglo oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Baca: 

Isu skandal ini menarik perhatian rakyat Malaysia apabila manusia bongkak dari parti pembangkang yang selama ini menuduh dan mencipta pelbagai variasi persepsi terhadap parti Barisan Nasional yang kononya sebuah kerajaan rasuah akhirnya memakan diri sendiri. Jerat tak pernah lupa kepada pelanduk sebagai mangsanya.

Semakin lama isu ini tidak diselesaikan maka semakin kuat timbulnya pelbagai andaian buruk terhadap pihak SPRM. Rakyat mula membandingkan isu skandal pembelian banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan isu 1MDB dan isu dana atau derma kepada PM Najib, RM2.6B.

Bayangkan umpama sebuah drama bersiri, rakyat melihat bagaimana SPRM memberi respon terhadap setiap serangan pemimpin pembangkang terhadap isu-isu tersebut. Mengerikan apabila ada juga drama bagaimana tindakan SPRM'menyerbu' masuk pejabat yang berkait dengan isu 1MDB dan derma tersebut. Dan drama ini mendapat tempat di akhbar, siaran TV dan juga akhbar internet.

Akibatnya, SPRM melalui pegawai-pegawai atasannya muncul di kaca TV seolah-olah melaporkan kepada rakyat di tahap mana mereka telah 'beraksi'. 


Bagaimana dengan kes skandal pembelian banglo mewah oleh 'Bos Besar DAP' ini? Samakah layanan yang diberi oleh 'Bos Besar SPRM'?

Rakyat sedang menunggu untuk menilai sejauhmana prestasi SPRM bila melibatkan 'Jerung Pembangkang'. Rakyat masih yakin dengan integriti SPRM dan tindakan seterusnya bakal mengukuhkan nama baik agensi ini.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top