.... Rezeki Pilihanraya Kecil: Rumah Sewa Di Sg Besar Cecah RM1,000 Sehari? | AAKJ



Kadang-kadang terpikir apalah 'nasib' wakil rakyat apabila mereka meninggal dunia. Belum sempat dikebumikan, dah mula kedengaran lobi melobi nak ganti dengan siapa dan parti mana yang berlawan.

Namun itulah hakikatnya. Bukan menghina arwah wakil rakyat yang pergi mengadap Ilahi namun tempat kosong perlu diisi agar legasi amanah dapat diteruskan demi makmum yang dipimpinnya.

Kini giliran Sg Besar dan Kuala Kangsar pula. Tragedi nahas heli di pilihanraya negeri Sarawak adalah asbab pilihanraya kecil di kedua parlimen ini diadakan. Baca di SINI.

"Semasa dia hidup dia banyak membantu rakyat di parlimen Sg Besar ini dan bila dia dah pergi pun Allah curahkan rezeki untuk kawasan ini, rezeki hariraya, semoga Allah cucuri rohnya di sisi orang mukmin.." - Kak Leha, pemilik  warung di tepi jalan Sg Besar.

"Rumah kat sini pun melambung dari RM4000 untuk 15 hari hingga RM15,000 untuk jangkamasa sewaan yang sama dan tiada yang merungut," kata beliau lagi.
"Hebatkan, masa hidup membawa rezeki, masa pergi beliau juga asbab rezeki.." - Kak Leha
Malah menurut kak leha, arwah YB Dato' Hjh Noriah terlalu baik. ketika menjawab soalan aakj tentang bagaimanakah pandangan beliau terhadap arwah YB.
"Sukar mencari ganti arwah YB Noriah, beliau dah 3 penggal berkhidmat di parlimen ini, walaupun tsunami undi cina namun arwah YB tetap menang. Beliau fokus dalam menyelami masalah rakyat di sini.." - Hairul, pengundi Sg Besar yang mengatakan beliau turut terkejut dengan insiden yang menimpa arwah YB bersama suaminya.

"Saya melihat pegawai-pegawai beliau masih meneruskan program yang mana telah disusun sebelum ini.."

"Saya ingatkan bila YB tiada maka semua yang dijanjikan sebelum ini akan sepi begitu sahaja, telahan saya tersasar, tahniah kepada pegawai-pegawai arwah YB kerana tunjukkan tahap dedikasi rakyat didahulukan" kata Hairul lagi.

"Mudah-mudahan pengganti arwah YB akan seperti beliau juga.." tambah Hairul.
Anda boleh layari blog peribadi arwah di SINI.

Al-Fatihah....


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top