.... #PRNSarawak: Video: Aziz Cicak Lambang Budaya Parti Pembangkang | AAKJ



Manusia kalau hidupnya penuh dengan lakonan atau sandiwara, lama-lama akan ternampak juga 'bentuk asalnya'.

Memang betullah apa yang hangat diperkatakan di Kuching ini tentang calon Melayu DAP, Aziz Isa atau terkenal juga di kalangan rakan selembutnya dengan nama Aziz Cicak. Selepas hampir seminggu mengikuti siri kempen beliau, akhirnya makin lama makin nampak lenggok lembut sotongnya.


Baca: 


Sepanjang siri kempen beliau, mukutnya tak lepas dari menyerang PM, Ketua Menteri dan isteri PM dengan pelbagai kata nista walaupun majoriti yang hadir tidak memberi respon apabila beliau menjerit "Betul tak" dalam bahasa cina.

Nampak jelas orang Sarawak tidak mampu menerima cara berkempen dengan memburukkan pihak lawan seperti yag diterapkan oleh DAP, PKR,PAN dan PAS. Mereka semua adalah parti yang lahir di Semenanjung dan membawa masuk budaya jijik pembangkang. Fitnah dan mencerca adalah modal utama ceramah mereka.

Lihat saja Azmin Ali ketika berceramah di sini kelmarin. Beliau sedikit pun tidak menjaga sensitiviti keharmonian rakyat Sarawak, beliau dengan mudah menghina rakyat Sarawak menggunakan air longkang? Lihat video di SINI.

Dari hari pertama Aziz maupun calon pembangkang, semuanya sama. Terjerit, terpekik dan berbohong yang akhirnya memakan diri apabila tiada tindakbalas dari pendengar. Kalau ada pun ianya adalah sorakan atau tepuk tangan dari jenttera parti itu sendiri dan sama sekali gagal membangkitkan aura sokongan.


Baca: 



Sehingga kini rekod paling tinggi kehadiran di siri ceramah pembangkang adalah 350 orang. Seperti biasa, teknik mengambil gambar menunjukkan betapa lautan manusia membanjiri ceramah mereka namun itu semua pembohongan!


Kalau diperhatikan di ceramah DAP, PKR, PAS dan PAN, mereka tidak berani sentuh isu "dari mana" asal parti mereka. Rakyat Sarawak sudah maklum bahawa wakil mereka sahaja yang ada di Sarawak dan semua parti tersebut berpusat di Semenanjung. Proksi yang mereka pilih adalah di kalangan manusia yang boleh mereka tunggangi, boleh disuruh angguk dan geleng.

Perbezaan yang jelas antara parti yang sememangnya lahir di Sarawak sejak awal kemerdekaan dan bergabung dengan rasmi membentuk komponan kerjasama parti seperti Barisan Nasional dengan pakatan pembangkang yang tidak mampu untuk tunjukkan bukti bahawa mereka sememangnya berpakat. 

Baca: 

Kalau kerusi di tempat yang sama pun mereka bertanding sesama mereka, bagaimana mereka ingin bersikap adil kepada rakyat Sarawak?


video


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top