.... #PRNSarawak: PKR Siap Sedia Sambut Kemenangan Di Batu Kitang | AAKJ



Tinggal dua hari lagi rakyat Sarawak akan 'memilih' dan yang pasti beberapa kerusi DUN yang baharu maupun yang sediada menjadi tajuk bualan di kedai-kedai kopi di sini.

Antara yang menjadi tumpuan bagi kerusi baru ialah DUN Batu Kitang di Kuching. Pertembungan sesama sendiri antara calon dari gabungan parti pembangkang Semenanjung, Pakatan Harapan. PKR dan DAP sama-sama meletakkan ayam sabung mereka dan tidak mahu mengalah serta menyalahkan antara satu sama lain.

DAP menuduh PKR melalui Azmin Ali telah mencabuli perjanjian yang mereka sama-sama tandatangani dan memalukan apabila Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa perjanjian yang sudah ditandatangani masih boleh dianggap tidak muktamad.


Hangat di perkatakan bahawa DAP dengan sengaja mencalonkan Aziz Isa, bekas kerani yang bekerja di pejabat DUN PBB di Kuching. DAP canang kononnya inilah satu-satunya calon Melayu yang bakal menang di kerusi baru walaupun mendapat tentangan dari pemimpin DAP berbangsa cina di Kuching sendiri.
"Batu Kitang kawasan majoritinya cina dan bagaimana DAP pusat membuat keputusan meletakkan calon Melayu yang tidak pernah ada rekod bersama DAP?" keluh ahli veteran DAP Kuching.

"Dari malam tadi sudah kecoh di kem PKR, calon mereka, Voon Shiak Ni bakal mengalahkan Aziz Isa DAP atau lebih dikenali oleh teman rapatnya sebagai Aziz Cicak atas faktor jumlah bangsa cina di kawasan Batu Kitang ini" tambah beliau lagi.
Malah menurut sumber rapat, PKR sudah membuat persiapan menyam but kemenangan calon mereka secara besar-besaran. 

Pertama adalah untuk menyampaikan mesej kepada DAP agar tidak bersikap "Abang Besar" di Sarawak dan kedua untuk sampaikan mesej bahawa masyarakat cina di Kuching menolak calon Melayu yang pernah bekerja untuk Parti Bersatu Rakyat Sarawak, PBB.

Kek besar, kain pemidang yang membawa maksud Batu Kitang Kubu Kuat PKR dan persediaan pentas untuk majlis jamuan besar-besaran beserta kumpulan artis cina tempatan, semunya sudah ditempah.

Tambahan pula isu saudara mara calon DAP, nenek kepada Aziz Cicak secara terang-terangan berkempen dari rumah ke rumah supaya jangan mengundi cucunya yang ada krisis identiti dan suka berpeleseran. "Dia sotong, bagaimana beliau mahu kahwin.." jelas neneknya, Hajjah Mazuin ketika ditanya oleh media di rumahnya beberapa hari yang lalu.

Baca:

Dan yang paling menghilangkan maruah DAP Sarawak apabila semalam Pengerusi DAP negeri ini merayu agar Calon PKR menarik diri setelah mendengar 'persiapan kemenangan' PKR sedang diatur.

“Saya merayu kepada PKR supaya mengisytihar menarik diri daripada bertanding di kerusi itu,” kata Chong Chieng Jen.
Selain Voon, dan Abdul Aziz, calon BN, Lo Khere Chiang akan juga ditentang dua calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng, dalam pertandingan lima penjuru.
DAP bertanding di 31 kerusi, 14 kerusi majoriti Cina, 16 kerusi majoriti Dayak dan satu kerusi majoriti Melayu. 


Calon BN, calon under-dog dari parti SUPP juga dilihat memiliki peluang cerah kerana dilihat lebih kredible dari segi watak kepimpinan dan kelayakan akademik. Amat sesuai untuk berkhidmat di kawasan bandar. 


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top