.... #PRNSarawak: 'Perjanjian Pakatan Harapan', Guan Eng Salahkan Azmin Ali | AAKJ



Nampaknya di Pilihanraya Negeri Sarawak kali yang ke 11 lagi sekali rakyat malaysia dihidangkan dengan jelas bahawa apa sahaja ikatan yang cuba dibuat oleh gabungan pembangkang bersifat haram tidak akan berjaya. Terbukti "pakatan" yang dicanangkan selama ini hanya untuk mereka membahagikan kuasa di negeri tertentu sahaja.

Baca: 



Sejak dari awal pakatan mereka lagi rakyat bertanya kenapa tidak didaftarkan secara sah sahaja gabungan pembangkang? Dan sehingga ke hari ini tiada dan tidak pernah hendak dijawab dengan jujur oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang ini.

Setelah gagal dengan jenama "Pakatan Rakyat" yang mana ianya gabungan DAP, PAS dan PKR, kini setelah PAS dibuang dari ikatan tersebut, penjenamaan baru, "Pakatan Harapan" dengan memasukkan parti serpihan PAS iaitu PAN dan akhinya pakatan yang tidak sampai pun 2 bulan telah hancur di pilihanraya negeri Sarawak.

Penubuhan PAN yang diketuai oleh Mat Sabu adalah parti yang ditubuh tergesa-gesa dan telah menunjukkan secara jelas bahawa PAN adalah "Biro Melayu" kepada parti DAP.


Lim Guan eng terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa isu perebutan kerusi yang bertindih, berlawan sesama sendiri akan dibawa ke mesyuarat anatar pemimpin pembangkang selepas pilihanraya negeri ini.

Kenapa tidak mahu mengalah? Siapa yang sepatutnya BERSALAH!

Kalau dilihat kepada penjelasan Lim Guan Eng, DAP tidak melanggari perjanjian agihan kerusi. Guan Eng dengan jelas menyalahkan Azmin:
"Pada 7 April, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan saya menandatangani perjanjian rundingan kerusi.


"Beliau tidak boleh mengingkari perjanjian itu, ini mungkin kelihatan bagi orang lain seolah-olah (kamu) makan kata-kata kamu sendiri,"

"Ini adalah satu perkara yang serius, kamu tidak boleh mengatakan rundingan itu masih belum dimuktamadkan selepas kamu menandatangani perjanjian.

"Ini perlu untuk dinyatakan (sewajarnya) selepas pilihan raya negeri," kata beliau dengan tegas.
Kalau pengundi Sarawak masih percayakan parti yang fokus hanya untuk kuasa dan kekayaan pemimpin, maka TOLAKlah DAP, PAS, PKR dan PAN!!

Sudah jelas parti-parti ini bukan parti politik yang didaftarkan di Sarawak. Mereka hanya menggunakan proksi sahaja demi kuasa dan harta!! Lihat apa jadi di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top