.... #PRNSarawak: PAN Hilang Deposit Di 9 Kerusi, Mat Sabu Sepatut Letak Jawatan | AAKJ



Parti Amanah Negara (PAN) yang baharu ditubuhkan tujuh bulan lalu gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.


Lebih malang apabila parti itu hilang deposit di sembilan kerusi daripada 13 kawasan yang ditandinginya.

Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan PAN hilang deposit di DUN N5 Demak Laut, N7 Semariang, N16 Muara Tuang, N24 Sadong Jaya, N27 Sebuyau, N29 Beting Maro, N41 Kuala Rejang, N43 Daro dan N44 Jamoreng.

Pada pilihan raya ini juga, PAN yang kini membentuk gabungan pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR berhadapan pertembungan dengan PAS di lima kerusi.

Persaingan kedua-dua parti itu menunjukkan PAN hilang deposit di tiga kerusi iaitu Semariang, Sebuyau dan Beting Maro berbanding PAS walaupun masing-masing kalah di tangan Barisan Nasional (BN).

Manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang dan Sadong Jaya, Amanah dan PAS masing-masing hilang deposit ke atas BN.

Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata parti itu menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka.

“Biarpun begitu, keputusan ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap Amanah sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk terus subur di Bumi Kenyalang,” katanya.

Selain itu Mohamad mengakui kemenangan besar BN juga berpunca daripada masalah dalaman yang dihadapai pakatan pembangkang.

“Faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini. “Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak,” katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top